Monday, 25 June 2018

[Video Menteri Paling Sempoi] Tetiba muncul 'murid' bernama Maszlee di meja berlubang? Ni lah peninggalan gomen UmnoBN kepada gomen PH! Adakah Najib & mereka yang bersetongkal dgnnya akan terlepas dari undang2 slps PH memerintah?

Selasa, 26 Jun 2018

Peninggalan gomen UMNO/BN kepada gomen PH. Tu tak tengok tandas pelajar lagi...
Image may contain: one or more people, people sitting and text
Tumpang sekole.
Foto Suara Rakyat.
Ketika Najib berkuasa mana2 kes mahupun skandal yg berkait pembunuhan Altantuya, skandal seleweng dana 1MDB dan kes2 berprofil tinggi yg libatkan pemimpin2 Umno/BN dgn segera kes tersebut ditutup & 'dibersihkan', KENAPA ??!

KENAPA 2 unsur utama dlm kes pembunuhan Altantuya, motif pembunuhan dan dalang sebenar tidak dibicarakan sebelum ini ??!

Adakah slps Umno/BN kalah PRU14 dan hilang kuasa, Najib & mereka yang bersetongkal dgnnya akan terlepas dari undang2 slps ini ??!

Biar masa & ketentuan Allah yg akan menentukan segala2nya...

Tiba-tiba muncul 'murid' bernama Maszlee


Semalam bukan hari biasa buat murid Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam yang mula masuk ke kelas setelah lebih seminggu bercuti sempena hari raya Aidilfitri.
Manakan tidak, mereka dikunjungi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang tiba-tiba muncul di kelas mereka.
Tanpa diiringi guru sekolah, beliau dilihat masuk melalui pintu belakang bilik darjah kira-kira pukul 8.30 pagi bagi melihat sendiri sesi pembelajaran.
Melalui rakaman berdurasi 21 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, guru yang sedang mengajar terkejut selepas melihat Maszlee sebaik berpaling daripada papan putih.
Guru tersebut lantas ketawa. Maszlee yang memakai baju batik berwarna merah putih kemudian meminta kebenaran untuk duduk di situ bagi melihat proses pembelajaran.
Menerusi rakaman video di Instagram pula, beliau dilihat menyampaikan pesanan kepada para pelajar.
“Belajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu dan buat baik pada ibu bapa,” katanya menerusi video yang dimuatnaik seorang pegawai khas Maszlee.
Maszlee yang merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum terjun ke dunia politik adalah anggota parlimen Simpang Renggam.
Menurut pegawai khasnya itu, SK Simpang Renggam tersenarai dalam sekolah yang memerlukan penambahbaikan bangunan dan bilik darjah.
"Menteri pendidikan berbesar hati untuk membantu SK Simpang Renggam dan akan mengambil tindakan susulan berdasarkan keperluan sekolah itu," katanya lagi.
Sekolah yang sudah berusia 73 tahun itu mempunyai lebih 1,000 pelajar dan perlu mengadakan dua sesi persekolahan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena