Tuesday 12 June 2018

[Video Terima kasih Maxis, AirAsia taja Piala Dunia di RTM] Umno semakin DIBUANG! Aik, Ibrahim Shah Abu Shah! Kelab Pesara Kanan buang 'Umno', sokong kerajaan baru & Gaji penasihat Najib cecah RM200,000 sebulan?

Rabu, 13 Jun 2018

Gaji penasihat Najib cecah RM200,000 sebulan?


Imej yang berkaitan'
Hasil carian imej untuk GAMBAR JIKA TIADA UMNO MELAYU MATI

Kelab Pesara Kanan buang 'Umno', sokong kerajaan baru

Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia kini 'dijenamakan' semula dengan mengeluarkan perkataan Umno pada nama kelab berkenaan, selari dengan prinsip menyokong kerajaan semasa.
Menurut anggota jawatankuasa kelab berkenaan Datuk Ibrahim Shah Abu Shah, kelab itu kini dikenali dengan nama baru iaitu Kelab Pesara Kanan Kerajaan Malaysia.
"Semalam kelab ini mengadakan mesyuarat agung memutuskan perkataan Umno dibuang dan semua perkataan Umno dalam perlembagaan (kelab) dibuang dan menyokong kerajaan pada hari ini tanpa berbelah bahagi.
"Ia selari dengan prinsip memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada. Maksudnya, kelab ini menyokong kerajaan pada masa ini, Pakatan Harapan.
"Dulu BN dan kini kita beri sokongan pada kerajaan Tun Dr Mahathir (Mohamad). Full stop," katanya kepada Malaysiakini.
Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pengesahan surat daripada kelab berkenaan kepada pesara kerajaan agar menyokong calon BN pada pilihan raya umum ke-14.
Ditanya mengenai kesahihan surat itu, Ibrahim tidak menafikannya dan memberitahu ia dibuat atas dasar memberi sokongan pada kerajaan ketika itu iaitu BN.
Menjelaskan lagi mengenai perkara berkenaan, Ibrahim berkata mana-mana pekerja sama ada masih bekerja dalam sektor kerajaan atau tidak mengamalkan konsep menyokong kerajaan sedia ada.
Ia termasuk pihak tentera, polis dan pegawai tadbir diplomatik (PTD), katanya.
Justeru, Ibrahim berpendapat apa yang dilakukan kelab berkenaan adalah wajar.
"Kalau tidak, semua askar, semua polis, PTD akan kena marahlah sebab mereka dulu semua menyokong kerajaan sedia ada.
"Jadi bila kerajaan Tun Mahathir diwujudkan, semua pegawai kerajaan, polis, tentera, PTD ke akan menyokong kerajaan Tun Mahathir. Baru negara kita akan bergerak ke hadapan," katanya lagi.
mK.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena