Saturday, 23 June 2018

[Video UmnoBN JANGAN MARAH, bila jalur lebar murah] Zahid: Kita bukan riak, jauh sekali mahu bersikap takabbur, UmnoBN tak boleh tewas! Kah3 & Bekas menteri kesihatan (era BN, kini pembangkang) perlu jawab isu monopoli ubat.

Ahad, 24 Jun 2018\

Foto Suara Rakyat.
MASIH INGAT.. kata2 angkuh Zahid Hamidi ketika Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 Disember 2017..

"Kita bukan riak, jauh sekali mahu bersikap takabbur. Umno & BN tak boleh tewas. Putrajaya akan terus menjadi milik Umno & BN" -Zahid Hamidi

HAKIKATNYA.. Putrajaya kini bukan lagi milik Umno & BN, malah BN bakal berkubur tidak lama lagi.

KINI.. Daripada 13 parti dah tinggal 3 parti.. Umno, MCA & MIC dalam saki baki BN. Balik kembali sejarah asal Parti Perikatan cap kapal layar..

Foto Suara Rakyat.

APA punya malang.. BN, bapak (arwah Tun Razak) yg tubuhkan, tapi anak sendiri pelingkupkan..

BN hati tak kental.. Baru jadi pembangkang sebulan lebih dah koyak.. tak bersatu hati antara satu sama lain utk cari penyelesaian.

Nampak gayanya BN akan jadi pembangkang buat selama2nya..

TULAH.. dulu masa memerintah sombong sangat, rasa kuat sangat... org tegur sikit, ugut, tangkap & kasi letop C4...

Bekas menteri kesihatan perlu jawab isu monopoli ubat

Pendedahan mengenai monopoli enam ejen melalui tender perubatan sebanyak RM3.7 bilion melibatkan syarikat yang dikaitkan dengan ahli politik kerajaan terdahulu mengejutkan banyak pihak.
Menurut laporan yang memetik sumber itu, monopoli oleh syarikat terbabit juga mungkin menjadi punca peningkatan kos ubat-ubatan yang dibekalkan ke hospital dan klinik kerajaan seluruh negara.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan telah bersetuju supaya satu pasukan petugas khas ditubuhkan bagi mengkaji amalan perolehan tender perubatan.
Menurut menteri Dr Dzulkefly Ahmad, pihaknya sedang mengkaji keseluruhan rantaian bekalan meliputi ekonomi, permintaan dan penawaran dalam usaha memastikan ketelusan, penjimatan kos dan ketersediaan bekalan.
“Mekanisme yang lebih kompetitif, adil dan saksama bagi semua pembekal dan pengeluar perlu dirancang bagi memastikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada pesakit khususnya dan rakyat amnya. Mekanisme ini juga untuk memastikan ubat-ubatan yang lebih murah untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Sehubungan pendedahan tersebut, DAP Perak baru-baru ini telah mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan terbabit.
Ketua Biro Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin menggesa bekas menteri kesihatan Dr S Subramaniam menjelaskan kewujudan monopoli berkenaan ketika menjawat jawatannya dari 2013 hingga 2016.
“Subramaniam perlu menjawab sama ada dia tahu tentang monopoli tender perubatan ini. Jika dia tahu, adakah dia merestuinya?” kata Chong.
Adun Keranji itu berkata demikian kepada media selepas membuat laporan kepada SPRM berhubung pemberian kontrak perubatan yang didedahkan laporan tersebut.
Menurutnya, jika dakwaan itu benar, ia bermakna orang tengah mengaut keuntungan besar yang seharusnya digunakan untuk membeli lebih banyak ubatan. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena