Friday 15 June 2018

[Video Orang ramai 'bersuara' mengenai idea kereta baru Dr M] Najib mungkin didakwa atas penyalahgunaan harta, pengubahan wang haram.

Jumaat, 15 Jun 2018

Hasil carian imej untuk Gambar Harta Najib

Hasil carian imej untuk Gambar Harta Najib
Foto rampasan 282 beg tangan dan 72 bagasi berisi wang tunai dan barang kemas di kondo mewah Najib di Bukit Bintang.

Najib mungkin didakwa atas penyalahgunaan harta, pengubahan wang haram

Pihak berkuasa Malaysia menyiasat skandal 1MDB mempertimbangkan untuk mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan dana, kata sumber yang rapat dengan perkara itu.
Najib, yang menubuhkan 1MDB pada 2009 sedang disiasat atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram selepas laporan bahawa berbilion ringgit didepositkan ke dalam akaun peribadinya yang dipercayai sebahagian dana dari syarikat subsidiari 1MDB, SRC International.
Bekas perdana menteri itu menafikan sebarang salah laku berhubung 1MDB.
Najib kalah pada pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu yang menyaksikan pertukaran kerajaan sejak Malaysia Merdeka pada 1957.
Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi perdana menteri, berikrar untuk mendapatkan semula dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB dan menghukum pihak yang bertanggungjawab.
Peguam negara yang baru dilantik Tommy Thomas pada Selasa lalu berkata dia kini sedang meneliti pensabitan sivil dan jenayah yang mungkin, selepas menerima laporan 1MDB daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dakwaan penyalahgunaan harta
Sumber yang rapat dengan siasatan itu memberitahu Reuters bahawa Najib mungkin didakwa kerana pecah amanah dalam penyalahgunaan harta di bawah peruntukan undang-undang dan kanun keseksaan Malaysia.
Sumber bagaimanapun tidak mahu didedahkan kerana tidak mempunyai kuasa bercakap tentang perkara itu.
Jika sabit kesalahan akan membawa hukuman penjara lima tahun, denda dan sebatan. Hukuman itu bagaimanapun tidak membenarkan pesalah melebih umur 50 tahun disebat. Najib kini berumur 64.
Denda akan diputuskan oleh mahkamah bergantung kepada kesalahan dan jumlah yang diselewengkan.
Menurut sumber, Najib juga berkemungkinan berdepan dakwaan pengubahan wang haram, yang membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara dan denda tidak melebihi lima kali ganda jumlah hasil pengubahan wang.
Kini terpulang kepada peguam negara untuk memutuskan sama ada mahu menerima atau tidak cadangan itu, memfailkan dakwaan lain atau meneruskan siasatan.
Untuk rekod, peguam negara sebelum ini Tan Sri Apandi Ali membersihkan nama Najib daripada sebarang salah laku berhubung 1MDB.
SPRM dan pejabat peguam negara tidak menjawab permohonan untuk ulasan lanjut perkara itu.
Jurucakap Najib juga tidak menjawab permohonan untuk ulasan lanjut. Najib sebelum ini berkata sekiranya dia didakwa atas "alasan politik" dia yakin mahkamah akan membebaskannya.
Siasatan antarabangsa
1MDB ketika ini di bawah siasatan pengubahan wang di beberapa negara lain termasuk AS, Switzerland, dan Singapura.
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mendakwa lebih AS$4.5 bilion diseleweng daripada 1MDB, dan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Polis pada Isnin lalu menyerbu satu lagi rumah yang dikaitkan dengan Najib di Putrajaya, yang merupakan premis terbaru digeledah dalam siasatan berhubung 1MDB.
Pihak berkuasa sebelum ini merampas ratusan beg tangan berjenama dan sejumlah beg berisi barang kemas dan wang tunai dalam penggeledahan di kediaman yang dikaitkan dengan Najib.
SPRM minggu ini menggesa empat individu yang dikehendaki dalam siasatan tampil, termasuk pembantu Jho Low - watak utama dalam skandal 1MDB yang rapat dengan Najib dan keluarganya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena