Thursday, 7 June 2018

[Video Bila Mat Sabu masuk dapur KD Mahawangsa] Akta GST, Anti Berita Tidak Benar dimansuh bulan depan & Anwar jumpa Agong atas arahan Tun Mahathir.

jumaat, 8 Jun 2018

Akta GST, Anti Berita Tidak Benar dimansuh bulan depan

Akta GST, Anti Berita Tidak Benar dimansuh bulan depan

Sesi pertama sidang Parlimen tahun ini akan bermula pada 16 Julai dan Dewan Rakyat akan bersidang selama 20 hari, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sesi kali ini akan menyaksikan rang undang-undang untuk memansuhkan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta Akta Antiberita Tidak Benar.
“Kerajaan akan mohon perkenan Agong untuk panggil parlimen mula bersidang 16 Julai bagi urusan pemilihan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua Dewan Senat, akan angkat sumpah, ahli-ahli dewan dan pemilihan timbalan-timbalan yang di-pertua.
“Akan ada (juga) pindaan kepada undang-undang lain,” kata Mahathir pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet hari ini.
Hasil carian imej untuk Gambar Anwar edan agong

Anwar jumpa Agong atas arahan Tun Mahathir

Anwar Ibrahim bertindak atas arahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika beliau bertemu dengan Raja-Raja Melayu untuk meyakinkan mereka mengenai kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ada sekarang.
Ketua Umum PKR itu berkata, ia terbukti apabila beliau bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong malam semalam untuk menyelesaikan isu pelantikan peguam negara.
“Saya bertanya kepada Dr Mahathir jika beliau mahu saya membantu atau tidak. Saya mewakili kerajaan pilihan PH. Ini akan menjadi kemelut tidak sihat dalam sejarah.
“Raja-Raja Melayu menyatakan kebimbangan terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam.
“Saya sebahagian daripada PH. Itulah sebabnya saya memberi penjelasan kepada mereka. Saya memberi jaminan yang kedudukan Islam dan hak Melayu akan kekal,” katanya pada ceramah di Melaka malam tadi.
Bekas timbalan perdana menteri itu juga menolak khabar angin yang beliau menggunakan Raja-Raja Melayu untuk menentang Dr Mahathir.
“Terdapat juga kritikan yang saya menggunakan Raja-Raja Melayu untuk mengambil alih kuasa daripada Dr Mahathir dengan lebih cepat. Ini adalah bodoh.”
Anwar sekali lagi menegaskan beliau tidak menentang Dr Mahathir dan akan menjadi perdana menteri sebagai sahaja pemimpin berusia 93 tahun itu menyerahkan tampuk pemerintahannya.
“Apabila Dr Mahathir selesai melaksanakan program meganya untuk rakyat Malaysia, ketika itulah saya akan mengambil alih sebagai perdana menteri,” katanya kepada hadirin yang memberikan tepukan gemuruh.
Kebuntuan berhubung pelantikan Tommy Thomas terlerai awal pagi semalam dengan kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang mengatakan Agong bersetuju dengan pelantikan itu.
“Yang di-Pertuan Agong juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menerima pelantikan tersebut, yang tidak sepatutnya menimbulkan konflik ke atas kaum dan agama kerana semua rakyat harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama.,” kata kenyataan itu.
Di bawah Perlembagaan, Agong melantik peguam negara atas nasihat perdana menteri.
Tetapi Istana membantah pelantikan Thomas, yang merupakan satu-satunya nama yang diberikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Ia mendapat reaksi negatif segelintir pihak yang merasakan beliau tidak sesuai memegang jawatan itu atas alasan bukan Melayu dan bukan beragama Islam.
Apandi bercuti daripada tugas sejak 15 Mei dengan tugasnya diambil alih sementara oleh Peguam Cara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek.
Apandi dilantik sebagai peguam negara pada Julai 2015, secara tergesa-gesa menggantikan Abdul Gani Patail yang pada ketika itu mengetuai satu pasukan menyiasat syarikat pelaburan negara yang sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pelantikan Thomas ini tiga minggu selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kuasa persekutuan pada pilihan raya 9 Mei adalah sebahagian daripada usaha untuk menyiasat skandal 1MDB. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena