Saturday, 9 June 2018

[Video Ramai Yang Terpedaya, Rupanya Najib Cakap Kosong] 'Penyamun' Umno dapat Lencana Helang secara percuma? Aduh, betul2 puak2 ni menghina kemuliaan tentera kita! Penjawat Awam habih pakat kena kencing dengan MO1 era pemerintahan Kleptokrasi..

Ahad, 10 Jun 2018

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text

Habih pakat kena kencing dengan MO1... 

Rupa-rupanya peruntukan untuk bayaran itu tidak dimasukkan dalam belanjawan semasa ia dibentangkan di parlimen pada 2017.

Janji bonus raya Najib tahun lalu belum boleh ditepati. 

Kerajaan mendedahkan janji pemberian bonus Aidilfitri kepada kakitangan awam oleh Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat pada Okt 2017 tiada dalam peruntukan belanjawan negara. 

Dalam kenyataannya hari ini Kementerian Kewangan menjelaskan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 yang disebut Najib semasa beliau membentangkan belanjawan itu tidak lebih sekadar pengumuman biasa. 

"Sebenarnya peruntukan bagi pengumuman bayaran tersebut tidak disediakan dalam Bajet 2018. Perkara ini telah disahkan oleh Pejabat Akauntan Negara," kata kenyataan berkenaan. 

Justeru, kata Kementerian Kewangan, peruntukan bagi menyalurkan bayaran khas berkenaan masih perlu mendapat kelulusan parlimen. 

Hal itu katanya turut disahkan oleh Akauntan Negara Datuk Saat Esa. 

Peruntukan berkenaan, kata Kementerian Kewangan, perlu dibentang sebagai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2018 dan diluluskan apabila Dewan Rakyat bersidang pada Julai nanti. 

"Maka, kenyataan Menteri Kewangan baru-baru ini bahawa peruntukan tambahan atau Rang Undang-undang Akta Perbekalan Tambahan untuk bayaran khas Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara masih perlu diluluskan dalam sidang parlimen Julai ini adalah tepat," katanya. 

Bayaran yang dijanjikan Najib - ketika itu memegang jawatan perdana menteri sekali gus menteri kewangan - dinyatakan beliau pada 27 Okt 2017. - f/bk 
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena