Wednesday 20 June 2018

[Video "Ya!!! Memang Ada Orang Lain Yang Terlibat Pembunuhan Altantuya" - Ram Karpal Singh] Ho, ho, hooo Bongkar Panama Papers pula, satu BALA lagi untuk MO1? Dokumen bocor dedah kewangan adik Najib, Messi, ahli politik dan penjenayah.

Khamis, 21 jun 2018

Hasil carian imej untuk Gambar Lionel Messi
Lionel Messi

Dokumen bocor dedah kewangan adik Najib, Messi, ahli politik dan penjenayah


Dua tahun selepas Panama Papers menggoncang sistem kewangan luar pesisir, satu dokumen baru yang bocor dari firma undang-undang Panama, Mossack Fonseca mendedahkan butiran kewangan baru mengenai pelbagai golongan elit global, termasuk bintang bola sepak Lionel Messi, keluarga presiden Argentina dan bekas pegawai kanan Kuwait yang disabitkan merompak sistem keselamatan sosial negaranya.
Dokumen-dokumen itu juga memperlihatkan Mossack Fonseca sedaya upaya mengawal kesan buruk akibat kebocoran itu dan mengenal pasti pelanggannya sendiri.
Tarikh 1.2 juta dokumen itu bermula beberapa bulan sebelum April 2016, apabila Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) dan lebih 100 rakan media menerbitkan kisah Panama Papers, dan berterusan hingga Disember 2017.
Dokumen-dokumen itu dibocorkan kepada akhbar yang berpusat di Munich, Süddeutsche Zeitung, yang kemudian berkongsikannya dengan ICIJ.
Pengasas Mossack Fonseca, Jürgen Mossack dan Ramón Fonseca, mengeluarkan kenyataan akhbar pada bulan Jun yang mengatakan firma undang-undang itu, pekerjanya dan pengasasnya "tidak terlibat dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang."
Mereka tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.
Dalam beberapa hari yang akan datang, rakan kongsi ICIJ di beberapa buah negara akan menerbitkan kisah berdasarkan fail-fail Panama Papers yang terbaru.
Kisah-kisah itu akan memberi gambaran baru mengenai urusan kewangan individu dari siasatan pertama dan menghubungkan individu lain yang berpengaruh dan mempunyai hubungan politik kepada firma itu.
Di sini, secara ringkas, terdapat beberapa penemuan:
Cukai luar pesisir Messi
Lionel Messi (gambar), pemain bola sepak Barcelona, disiasat di Sepanyol atas tuduhan bahawa dia dan bapanya, Jorge Horacio Messi, menggunakan syarikat luar pesisir di Belize dan Uruguay untuk mengelakkan membayar cukai berjuta-juta dolar ketika Panama Papers mendedahkan beliau memiliki satu lagi syarikat luar pesisir: Mega Star Enterprises, yang berpangkalan di Panama.
Ketika ditanya mengenai syarikat itu pada April 2016, Messi memberitahu ICIJ dan rakan-rakannya bahawa Mega Star "tidak aktif sepenuhnya".
E-mel dalaman dari rekod baru Mossack Fonseca yang bocor menyebut dakwaan tersebut.
"Pejabat Uruguay memberitahu saya bahawa pelanggan menggunakan syarikat itu," tulis seorang pekerja firma undang-undang pada Mei 2016, sebulan kemudian.
Mossack Fonseca meletak jawatan sebagai agen berdaftar untuk Mega Star Enterprises pada bulan Julai 2016, dokumen itu menunjukkan - pada bulan yang sama Messi telah disabitkan oleh mahkamah Sepanyol dalam penipuan cukai. Lionel diberi hukuman penggantungan selama 21 bulan dan didenda AS$ 2.2 juta.
Kehilangan wang di Malaysia, Kuwait, Rusia
Dokumen-dokumen baru juga mendedahkan butiran akaun bank dan aset luar pesisir tokoh-tokoh politik yang dituduh melakukan rompakan seluruh negara.
Pada Mac 2017, Mossack Fonseca mendapati bahawa sebuah syarikat yang telah didaftarkan di British Virgin Islands dimiliki oleh Datuk Mohamed Nizam Abdul Razak (gambar), adik kepada bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Syarikat itu, Everbright Universal Holdings Ltd,  memiliki hartanah di Amerika Syarikat, menurut fail tersebut.
Najib, yang menyebabkan kekalahan BN pada pilihan raya umum Mei lalu kini di bawah pengawasan sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas berbilion ringgit yang didapati hilang dari dana pelaburan milik kerajaan 1MDB.
Titik penting penyiasatan itu apabila AS $ 10.6 juta yang dipindahkan ke akaun bank yang dimiliki oleh bekas perdana menteri itu.
Najib baagimanapun menafikan sebarang salah laku.
ICIJ mendedahkan dalam Panama Papers yang asal, dua syarikat luar pesisir yang dimiliki oleh anak lelaki Najib, Mohd Nazifuddin Najib.
Panggilan ke nombor telefon Nizam seperti yang disenaraikan tidak berjawab, manakala bank Credit Suisse tidak membalas e-mel ICIJ.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena