Friday 15 June 2018

[Video Perangai 'melayu Umno' bila kalah? Geng Umno Mengamuk Sesama Sendiri] Guan Eng: Ada satu lagi skandal kewangan terbesar negara.

Jumaat, 15 Jun 2018

Aksi ganas di ulang tahun Umno ke-72


Image result for bila umno kalah melayu susah - Datuk Ibrahim Shah Abu Shah,
Sebelum PRU 14 - Ibrahim Abu Shah berkata, negara ini akan hancur hanya dalam tempoh dua tahun jika pentadbiran negara diambil alih oleh Pakatan Harapan. 
Selepas PRU 14 - hanya kira-kira sebulan sebaik BN kalah dan Pakatan Harapan mentadbir negara, orang yang sama, Ibrahim Abu Shah memaklumkan Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia membuat keputusan membuang perkataan UMNO pada nama kelab tersebut. 
Tumpang sekole.

Guan Eng: Ada satu lagi skandal kewangan terbesar negara




Kementerian Kewangan mempunyai satu lagi skandal utama yang akan didedahkan kepada umum sebelum negara dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pembersihan untuk memulihkan keadaan fiskal kewangannya.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng, bercakap kepada Channel NewsAsia berkata beliau berharap dapat mendedahkan skandal terbaru "berkaitan dengan kementerian kewangan" dalam masa seratus hari lagi.
"Kami berharap dapat membongkar semua ini dalam tempoh masa seratus hari, jadi selepas itu kita boleh teruskan (pada hal yang lain).
"Dan saya fikir di sinilah pembersihan bermula ... sebaik sahaja pengambil-alihan saham selesai, pembersihan dilakukan, proses membersihkan toksik selesai, Malaysia boleh kembali ke landasannya semula," katanya dipetik berkata.
Bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan jika skandal terkini itu berkaitan dengan syarikat 1MDB yang diasaskan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikalahkan pada PRU14 lalu.
Suntikan dana RM7 bilion ke 1MDB
Sejak menjawat Menteri Kewangan, Lim telah membuat beberapa pendedahan 'berkenaan dengan syarikat pelaburan negara itu", termasuk suntikan dana RM7 bilion daripada kerajaan BN bagi menyelamatkan 1MDB.
Beliau juga mendedahkan beberapa bayaran lain yang dipersoalkan yang dibuat kepada syarikat dan anak syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB.
Mengenai hal ini, Lim berkata kerajaan Pakatan Harapan akan menyerahkan ke panel siasatan dan mahkamah untuk memutuskan jika Najib bertanggungjawab.
Beliau berkata ini kerana Najib ialah perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu yang mengawasi masalah yang menimpa syarikat pelaburan negara itu dan tanggungan hutangnya yang mencecah berbilion ringgit.
Lim berkata terdapat "pertalian jelas" berdasarkan penemuannya setakat ini, sejak beliau mengangkat sumpah jawatan pada 21 Mei.
"Saya secara peribadi akan berfikir bahawa beliau (Najib) bertanggungjawab sepenuhnya, hanya menteri kewangan yang dapat memberi kuasa dalam transaksi ini.
"Sudah tentu, perkara ini akan diputuskan panel siasatan dan jika mereka fikir pendakwaan perlu dibuat, mahkamah akan membuat keputusan," jelas Lim dipetik sebagai berkata.
"Begitu pun saya merasa (perkara ini pernah) terhenti di meja bekas menteri kewangan, namun kami akan membiarkan penyiasatan dan proses yang sewajarnya berjalan," katanya.
Sejak Najib kehilangan kuasa pada 9 Mei lalu, beliau telah disiasat pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan penyelewengan dana 1MDB.
Tiada dendam peribadi
Sepanjang memegang jawatan perdana menteri keenam negara, Najib telah dibebaskan daripada sebarang salah laku oleh bekas peguam negara Tan Sri Apandi Ali.
Najib juga mendakwa tiada salah laku dalam syarikat berkenaan.
Sementara itu, Lim menegaskan siasatan terhadap Najib bukan atas dendam peribadi.
Jika benar demikian, Lim berkata sudah tentu Najib telah ditangkap sekarang.
Namun, sebulan telah berlalu dan Najib masih bebas walaupun terdapat pelbagai undang-undang yang membolehkan Najib ditahan kerana terlibat dalam skandal yang terkenal di seluruh dunia itu.
"Kerana kami mahu mengikut proses yang sewajarnya, kami mahu mematuhi undang-undang. Dan jika ada bukti yang perlu dikenakan, beliau akan di bawa ke mahkamah," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena