Thursday 7 June 2018

[Video 3 Laporan Jelas Menujukan 1MDB Telah DiCuri] Yeah, yes yes! Australia hantar pulang Sirul dalam masa sebulan.

Jumaat, 8 Jun 2018

Australia hantar pulang Sirul dalam masa sebulan

Pihak berkuasa Australia telah meluluskan permintaan dari Putrajaya untuk mengekstradisi bekas anggota polis Sirul Azhar Umar kembali ke Malaysia, lapor Guardian.
Kerajaan Malaysia baru-baru ini menghubungi pihak berkuasa Australia memohon agar Sirul dibawa balik ke Malaysia, laporan tersebut memetik sumber di Putrajaya.
Rancangan itu diberi lampu hijau selepas Malaysia bersetuju untuk menampung kosnya, menurut sumber itu.
Pihak berkuasa Malaysia memberi jaminan kepada rakan sejawatannya di Australia bahawa Sirul akan menerima pengadilan yang saksama apabila kembali.
Malaysiakini sedang cuba mengesahkan berita ini dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC).
Dipercayai Sirul, akan meninggalkan Australia dalam tempoh sebulan. Sirul telah disabitkan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dari Mongolia.
Keputusan untuk kembali ke Malaysia menunjukkan kemungkinan kerajaan Malaysia mempertimbangkan untuk membuka semula kes Altantuya.
Pada tahun 2015, Sirul dan rakannya Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati atas pembunuhan Altantuya pada tahun 2006.
Kedua-duanya ialah pengawal Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjawat timbalan perdana menteri.
Azilah kini sedang menunggu hukuman mati di penjara, tetapi Sirul melarikan diri ke Australia tiga tahun lalu untuk melepaskan diri daripada hukuman mati.
Kerajaan BN sebelum ini tidak memohon perintah ekstradisi terhadapnya, memetik undang-undang Australia yang tidak mengiktiraf hukuman mati.
Tuntutan membuka semula kes Altantuya muncul selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menggantikan BN sebagai kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14.
Pada 19 Mei lalu, Sirul memberitahu Malaysiakini dia bersedia pulang ke rumah untuk membantu kes itu jika dirinya menerima pengampunan penuh.
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Sirul dibawa balik ke Malaysia. Beliau juga menyeru diadakan perbicaraan baru "yang jelas telus".
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena