Sunday 10 June 2018

[Video Tun M tiba di Tokyo] Tun M: Najib UmnoBN buat perjajian BODOH projek ECRL! Punya lah terdesak nak rembat komisen & Guan Eng, SPRM akan ke China siasat bayaran syarikat dikaitkan Jho Low.

Ahad, 10 Jun 2018

Tun Dr Mahathir Disambut Sejurus Tiba d Di Jepun



Guan Eng, SPRM akan ke China siasat bayaran syarikat dikaitkan Jho Low

Lim Guan Eng mendedahkan SSER terbabit dalam skandal dikaitkan dengan MPP dan TSGP yang diluluskan Kabinet pada 27 Julai 2016.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengarahkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke China bagi mengadakan rundingan dengan pihak yang berkaitan dengan projek Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).
“Kaedah pembayaran projek itu adalah berdasarkan tahap durasi projek (timing milestone) dan ia akan dikaji semula,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat kabinet, hari ini.
Ditanya sama ada wang daripada projek itu mungkin digunakan untuk membayar hutang 1MDB, perdana menteri berkata: “Kita akan menyiasat tetapi ideanya ia harus dibayar berkala mengikut masa, dalam hal kemajuan projek adalah salah.
“Justeru, kita akan mengkaji kenapa sistem ini dipersetujui oleh kerajaan Malaysia sewaktu kerajaan Datuk Seri Najib Razak (bekas perdana menteri).
“Mereka membuat keputusan di dalam mesyuarat Kabinet, tetapi keputusan ini adalah salah dan memberi kesan kepada kita dan tidak baik kepada negara dan kerajaan,” tambahnya.
Semalam, Lim mendedahkan, Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (MoF), terbabit dalam skandal dikaitkan dengan MPP dan TSGP yang diluluskan Kabinet pada 27 Julai 2016.
“Skandal RM9.4 bilion, di mana bayaran dibuat berdasarkan tempoh dan bukan berdasarkan kerja progresif yang dilaksanakan menyebabkan RM8.3 bilion dibayar atau 88% daripada nilai keseluruhan projek walaupun hanya 13% siap dilaksana,” kata Lim dalam satu kenyataan, semalam.
Perkara itu ditemui dalam “fail merah” di kementerian berkenaan dan ia disyaki ada kaitan dengan 1MDB.
Fail berkenaan sebelum ini dikatakan hanya boleh diakses pihak tertentu dan tidak didedahkan kepada pegawai dan juruaudit kementerian berkenaan.
MPP membabitkan projek saluran paip petroleum pelbagai produk sepanjang 600 km yang menghubungkan Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan ke Jitra, Kedah, dengan kos 4.53 bilion yuan dan RM2.53 bilion atau kira-kira RM5.35 bilion.
TSGP pula adalah pembinaan saluran paip gas 662 km dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau, Sabah, dengan kos 3.08 bilion yuan dan RM2.14 bilion atau kira-kira RM4.06 bilion.
Kedua-dua projek bernilai RM9.41 bilion itu diberikan kepada Biro Saluran Paip Petroleum China (CPPB) pada 1 November 2016. Perjanjian itu ditandatangani Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang juga pengerusi SSER. Irwan Serigar meletak jawatan pada 23 Mei lalu.
SSER berjaya memperoleh pembiayaan daripada China Exim Bank berjumlah 85% daripada nilai projek pada 22 Mac 2017. Baki 15% daripada dana yang diperlukan akan dikumpul melalui terbitan sukuk.
Kedua-dua pinjaman China Exim Bank dan sukuk itu diperoleh dengan jaminan kerajaan Persekutuan.
Sewaktu taklimat yang diberikan kepada pegawai Perbendaharaan pada 28 Mei lalu, SSER melaporkan projek 3 tahun itu dimulakan pada April 2017.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena