Friday, 8 June 2018

[Video Hisham Hipokrit kerana tuduh HARAPAN buat politik kebencian] Akhirnya Hadi datang juga di Klinik 1 Malaysia Putrajaya yang pernah di hina sebelum PRU14? Nampaknya dendam kesumat Hadi masih berterusan & Akhirnya keluarlah dari mulut mereka parti PAN dan bukan AMANAH.

Sabtu, 9 jun 2018



Image result for hadi awang jumpa dr.m
Hadi Awang dan geng melawat Klinik Putrajaya...
Haji Hadi Awang selaku Presiden Pas kritik Tun sebelum PRU 14.Kata Haji Hadi TUN lah perosak Umno dan hanya mampu jaga klinik 1 Malaysia. 

Hadi Awang tidak nampak kerosakan UMNO di bawah Najib.Malah dlm era Najib pembunuhan ALTUNTUYA dan beberapa orang terpenting mati.Ada yang disimen dan ditembak. 

Pas mengambil sikap membisu dlm Parlimen.Segala kerosakan UMNO di bawah NAJIB ibarat mencurah air ke daun keladi.Tk heranlah isu GST dan undian budget PAS duduk atas pagar biarpun bontot di cucuk duri pagar. 

Ustaz Haji Hadi berharap UMNO BN menang tipis membolehkan Pas menjadi KING MAKER menubuhkan kerajaan.Kononnya tk kan lah Pas tk mampu raih 30 atau 40 kerusi Parlimen dari 158 kerusi bertanding.Hilang akal ke apa...? 

Rata2 pimpinan PAS YAKIN dan confident rakyat menyokong perjuangan .Apalagi kayu ukur mereka PRU 13.Tidak terlintas di otak pimpinan Pas PH bersama PARTI NYAMUK akan disokong majoriti rakyat.Cyber trooper Pas sering menulis.. lihatlah nanti rakyat akan menghukum PH.Malah mereka kelihatan angkuh sombong dan mempamirkan akhlak buruk dlm penulisan. 

Semua ini berpunca dari ajaran pemimpin atasan.Contoh paling mudah bila HAJI HADI sendiri menunjukkan sikap menghina dengan sebutan PAN sahinggalah meneruskan kedengkian dan kehodohan mulut beliau dlm wawancara bersama Astro Awani. 

Menteri Penerangan memberi kebenaran 1 jam tanpa suntingan siaran terus menerus kpd Pas menjawap soalan2. Namun jelas sikap HAJI HADI tidak menghormati parti komponen PH yaitu Amanah dengan memanggil PAN. Nampaknya dendam kesumat Haji Hadi berterusan biarpun mulut nya berkata baik akibat terpaksa. 
Image result for hadi awang di astro awani
Sebenarnya PAS itu sebuah parti yang mendidik Manusia kearah kebaikan. Islam menghormati hak orang lain.Islam ugama kedamaian yang bukan hak sesebuah bangsa. 

Yang dipertikaikan adalah pimpinan Pas terkini dan bukan terdahulu.Rata2 mereka bertaksub kpd pimpinan biarpun terbukti berlaku penyelewengan.Bagi mereka mengkritik PEMIMPIN ISLAM samalah menghina Islam.Ada banyak akhlak2 pimpinan Pas di peringkat Negeri, kawasan dan cawangan boleh dipertikaikan pegangan tauhid tasawuf dan usul fiqh.Malah rata2 mereka tidak meraikan majlis ilmu apalagi kalau berkitab dan berguru. 

Lama kelamaan Kekuatan Roh Islam tidak lagi terletak pada ilmu tetapi terletak pada parti.Maka lahirlah penyokong Parti Islam yang jahil sombong angkuh dan berdendam.Semua itu tergolong dlm penyakit hati yang dizahirkan dengan percakapan dan perbuatan.Akhirnya keluarlah dari mulut mereka parti PAN dan bukan AMANAH. 

Saya meneliti fenomena ini.Perbalahan besar berlaku antara penyokong parti Pas dan Amanah dlm sesebuah keluarga.Isu ugama tidak dapat di mainkan kerana keduanya beridelogikan Islam. Lantas Pas menjadikan DAP sebagai modal utama menghentam Amanah dimana jelas ia senjata makan tuan. 

Baru2 ini ada saranan Pas mengajak Ahli Umno menyertai Pas.Namun Datok Tajudin pantas menjawap pelawaan tersebut dengan Nada tk masuk akal.3 juta ahli Umno nk masuk parti yng kecil bilangan ahlinya.Itulah UMNO. 

Namun pimpinan Pas tidak serik2 dihina dan dicaci lebih 60 tahun.Soalnya mampukah ISLAM bersendirian dlm sebuah negara majmuk bagi menghadapi PRU 15 dlm sebuah negara Demokrasi berparlimen. 

Akhirnya HAJI HADI AWANG beserta MB Terengganu ke Putra Jaya bertemu DOKTOR KLINIK SATU MALAYSIA yang pernah di hina sebelum PRU 14 - f/bk 
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena