Saturday 23 June 2018

[Video Gerakan putuskan untuk keluar BN & Lantik Shamsiah tanda penghormatan pada Bank Negara] GABENOR BANK NEGARA BAHARU.

Sabtu, 23 Jun 2018


GABENOR BANK NEGARA BAHARU – DATUK NOR SHAMSIAH MOHD YUNUS 

Gerakan keluar BN

Gerakan keluar BN
Keputusan diambil selepas “perbincangan, penelitian dan pertimbangan yang menyeluruh dan serius” dalam situasi negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14, kata Presiden Mah Siew Keong hari ini. – Gambar ihsan Gerakan, 23 Jun, 2018.
GERAKAN hari ini mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN), sebulan setengah selepas gagal  menang satu pun kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) yang lepas.
Dengan keputusan itu, BN kini hanya dianggotai tiga parti – Umno, MCA dan MIC, berbanding 13 parti komponen sebelum PRU14.
Keputusan Gerakan ini menyusul 11 hari selepas empat parti komponen di Sarawak meninggalkan BN dan membentuk pakatan parti politik tempatan atas nama Gabungan Politik Sarawak (GPS).
Keputusan Gerakan keluar BN dicapai sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya hari ini, yang membincangkan perkembangan politik negara pasca PRU14 dan mengambil kira kehendak di akar umbi.
Gerakan juga memaklumkan ia sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sealiran fahaman dan perjuangan "atas kepentingan nasional" untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi.
"Kami komited secara sepenuhnya untuk memelihara cara hidup rakyat Malaysia yang kami kenal dan inginkan bersama sebagai warganegara," kata kenyataan itu. – 23 Jun, 2018.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena