Wednesday 6 June 2018

[Video PELANTIKAN PEGUAM NEGARA, Kemenangan melawan 'BIGOTRY'] Adakah UmnoBN curi duit rakyat itu 'mesra Islam'? Sapa Speaker Dewan Rakyat Malaysia Baru...

Khamis, 7 jun 2018

Image may contain: 1 person, text

Sapa Speaker Dewan Rakyat Malaysia Baru... 
Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 dijadual bermula pada Isnin 16 Julai 2018 kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Dr Mahathir akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi memperkenan sidang tersebut akan berlangsung selama 20 hari.

"Pada 16 Julai itu, kita akan melantik Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara selain majlis angkat sumpah pada hari sama," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di sini, hari ini. 

Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga akan merasmikan sidang Dewan Rakyat serta menyampaikan titah perasmian pada 17 Julai 2018. 

Sebelum PRU14 Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada ucapan penutup Dewan Rakyat sesi ke-13 pada 5 APRIL 2018 pernah beri bayangan yang UMNO akan tewas dalam PRU14. 

“Seperti mana aspirasi dan kehendak ahli Yang Berhormat yang sedang ghairah untuk dicalonkan kembali di kawasan masing-masing pada PRU14, saya juga ghairah dan tertunggu-tunggu untuk dicalonkan seperti ahli Yang Berhormat semua,” kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada ucapan penutup Dewan Rakyat sesi ke-13. 

Kenyataan tersebut bagaimanapun mendapat reaksi ahli-ahli parlimen yang berada di dalam Dewan yang rata-ratanya terhibur dengan kata-kata Pandikar tersebut. 

Bagaimanapun, Pandikar mengakui hakikat tarif pencalonan ahli parlimen dengan Speaker Dewan Rakyat adalah berbeza. 

“Pencalonan ahli Yang Berhormat akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan yang akan menentukan kemenangan adalah rakyat biasa. 

“Manakala tarif pencalonan saya untuk bertanding pula adalah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat bermula selepas selesai urusan PRU14. Yang menentukan kemenangan sekiranya saya dicalonkan untuk mempertahankan kerusi speaker adalah ahli-ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU14,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan supaya ahli-ahli parlimen lebih mengutamakan etika sebagai wakil rakyat tanpa bertindak atas kepentingan politik masing-masing sepanjang menggalas tanggungjawab tersebut. 

“Saya amat mengharapkan mudah-mudahan ahli Yang Berhormat yang menang akan lebih mengutamakan etika sebagai ahli parlimen mengatasi kepentingan politik peribadi,” katanya. 

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua ahli parlimen supaya menerima segala proses pemilihan dan keputusan PRU14 sebagai asam garam politik. 

Lazimnya dalam setiap pemilihan akan ada kekecewaan, maka saya mengharapkan sesiapa ahli Yang Berhormat yang tidak dipilih lagi sebagai calon parti masing-masing, janganlah kecewa kerana itu sebahagian daripada asam garam politik. 

“Begitu juga dengan saya, saya telah bersedia menghadapi kekecewaan.Saya amat mengharapkan mudah-mudahan ahli Yang Berhormat yang menang akan lebih mengutamakan etika sebagai ahli parlimen mengatasi kepentingan politik peribadi,” katanya. 

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua ahli parlimen supaya menerima segala proses pemilihan dan keputusan PRU14 sebagai asam garam politik. 

“Lazimnya dalam setiap pemilihan akan ada kekecewaan, maka saya mengharapkan sesiapa ahli Yang Berhormat yang tidak dipilih lagi sebagai calon parti masing-masing, janganlah kecewa kerana itu sebahagian daripada asam garam politik. 

“Begitu juga dengan saya, saya telah bersedia menghadapi kekecewaan sekiranya saya tidak dicalonkan semula (sebagai Speaker Dewan Rakyat) selepas PRU14. Manalah tahu yang menang itu sebelah kiri (pembangkang) duduk sebelah kanan (kerajaan),” katanya. - Sinar Harian. 
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena