Tuesday, 26 June 2018

[Video Parlimen; Penggal ke-14, dijadual pada 16 Julai ini – 90 MUKA BAHARU & TAKLIMAT AHLI PARLIMEN BERLANGSUNG HARI INI] Husam menang saman fitnah dakwaan seleweng tanah.

Selasa, 26 Jun 2018



Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan saman dan tuntutan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa terhadap seorang bekas pengetua sekolah agama di Kelantan, hari ini.
Peguamnya Hisham Fauzi berkata, saman fitnah yang difailkan bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor itu dikemukan terhadap Masri Che Yusoff susulan satu tulisan berunsur fitnah di Facebook .
"Masri melalui akaun Facebook miliknya pada 27 Oktober 2015 menyiarkan gambar dan tulisan yang menuduh Husam secara salah memberikan kepada sebuah syarikat tanah seluas 414.37 hektar yang mana tuduhan ini dinafikan anak guam kami.
"Semasa perbicaraan kes ini tuduhan salahguna kuasa dan kedudukan Husam semasa menjadi exco kerajaan negeri Kelantan termasuklah pemberian tanah berkenaan kepada satu syarikat yang dikatakan Husam mempunyai kepentingan dan projek kambing jamnapari di bawah program Jihad Ternak telah ditimbulkan di dalam keterangan Masri," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Bagaimanapun Hisham berkata, mahkamah telah menolak keterangan Masri dan memutuskan bahawa semua tuduhan itu adalah tidak berasas.
Che Masri merupakan ahli jawatan kuasa PAS Kawasan Ketereh dan anggota Dewan Ulamak PAS Kelantan.
Jumlah gantirugi ditaksir mahkamah
Justeru katanya, Pesuruhjaya Kehakiman Negeri, Datuk Ahmad Bache’ dalam penghakiman beliau mengatakan bahawa mahkamah berpuas hati bahawa elemen bagi kes fitnah dipenuhi.
"Dengan itu mahkamah membenarkan tuntutan Husam dengan kos RM10,000. Jumlah gantirugi pula akan ditaksirkan oleh mahkamah selepas ini," jelasnya.
Sebagai rekod perbicaraan penuh kes tersebut berlangsung selama empat hari pada 7 dan 14 Februari lalu dan 5 dan 15 April lalu sebelum hujahan lisan di akhir kes dijalankan 14 Jun lepas.
Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan Kelantan turut diwakili peguam Faiz Fadzil, manakala Masri pula diwakili peguam bela, Wan Rohimi Wan Daud.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena