Monday, 11 June 2018

[Video Dr. Mahathir - Malaysia akan memiliki kereta nasional baharu] Rakyat Semakin Risau, Akhirnya Mahathir Dedah Kenapa Najib Belum Ditangkap Lagi & Firma China nafi tawar komisen RM1.3b kepada pemangku raja Pahang.

Isnin, 11 Jun 2018

Rakyat Semakin Risau, Akhirnya Mahathir Dedah Kenapa Najib Belum Ditangkap Lagi


Firma China nafi tawar komisen RM1.3b kepada pemangku raja Pahang



Sebuah firma pembinaan China menafikan dakwaan bahawa ia adalah sebahagian daripada konsortium yang menjanjikan komisen lumayan kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menyelaraskan projek kerajaan.
Menurut China Rainbow International Investment Co Ltd (CRIIC), surat yang dikatakan sedang beredar di media sosial itu adalah satu rekayasa.
"Kandungannya semua palsu," kata Pengerusi dan Presiden CRIIC , Li Dacan dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika dihubungi, jurucakap Tengku Abdullah berkata, baginda langsung tidak mempunyai hubungan dengan CRIIC.
Semalam, sepucuk surat dengan logo CRIIC mendakwa firma berkenaan akan membayar Tengku Abdullah komisen RM1.3 bilion sekiranya konsortium Sapura-Rainbow Consortium berjaya memenangi kontrak untuk projek MRT3.
Li, dalam kenyataannya, berkata bahawa konsortium dengan nama itu tidak wujud.
Setakat ini, empat konsortium telah mengemukakan tawaran untuk projek MRT3. Mereka adalah
  • Konsortium MMC Corp Bhd-Gamuda Bhd-George Kent Bhd;
  • Usahasama China Communications Construction Company Ltd-China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd.
  • Sapura Group-Top International Engineering Corp (TIEC); dan
  • Pacific Construction Group Company Ltd- Mudajaya Group Bhd-Jaycorp Engineering and Construction Sdn Bhd (JEC).
  • Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena