Wednesday 13 June 2018

[Video Tiada lagi doktor kerja 30 jam & GST sifar tak ubah harga rokok - Dr Dzul] Mohd Hashim angkat kaki dari SPR lebih awal.

Khamis, 14 jun 2018

Mohd Hashim angkat kaki dari SPR lebih awal


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan menamatkan tempoh perkhidmatannya lebih awal iaitu pada 1 Julai depan.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan unit komunikasi korporat suruhanjaya itu hari ini, Mohd Hashim dikatakan "memendekkan tempoh perkhidmatan".
"Pemendekan tempoh perkhidmatan ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara bertarikh 7 Jun 2018.
"Pemendekan tempoh perkhidmatan ini juga telah dimaklumkan kepada perdana menteri melalui surat rasmi bertarikh 11 Jun 2018," kata kenyataan itu.
Untuk rekod, Mohd Hashim menyertai SPR pada September 2014 sebagai timbalan pengerusi sebelum dilantik sebagai pengerusi pada Januari 2016.
Beliau bagaimanapun sebelum ini dikritik pemimpin Pakatan harapan (HARAPAN) dan badan pendesak pembaharuan pilihan raya BERSIH kerana memperkenalkan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan peraturan berkempen yang didakwa memberi kelebihan kepada BN.
Kenyataan SPR itu dibuat ketika beberapa pegawai kanan kerajaan meletakkan atau dilepaskan jawatan susulan pertukaran kerajaan pusat pada pilihan raya umum lalu.
Awal hari ini, Tun Raus Sharif meletakan jawatan sebagai ketua hakim negara manakala Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pula berundur sebagai presiden Mahkamah Rayuan.
Rombakan jawatan peringkat atasan turut terjadi pada Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Tabung Haji, Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena