Wednesday 20 June 2018

[Video Dedah Skandal Era UmnoBN-Rupanya MCA Sokong Anwar Ibrahim & Guan Eng Pulak Teruk Kena Hentam] LGE janji bongkar skandal kewangan dalam tempoh 100 hari.

Rabu, 20 Jun 2018

Guan Eng Kena Hentam, Lim Kit Siang Tampil Pertahankan Anaknya Isu Dedah Skandal


LGE makan setalam semasa iftar di Masjid Jamek  Kubang Buaya, Butterworth.

Image may contain: one or more people and text


LGE janji bongkar skandal kewangan dalam tempoh 100 hari

Menteri Kewangan Lim Guang Eng menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk memberi arahan kepada menteri-menteri lain bagi mendedahkan skandal kewangan yang berlaku dalam bidang kuasa kementeriannya.
Bahkan bagi beliau tidak kena pada tempatnya untuk mengarahkan seorang menteri yang lain mendedahkan skandal kewangan kerajaan lama yang berlaku dalam Kementerian Kewangan yang disandang olehnya.
“Rakyat berhak tahu tentang kedudukan sebenar ekonomi dan status kewangan negara. Rakyat tidak mahu kerajaan sorok-sorok atau sembunyikan lagi. Semasa berjumpa dengan Datuk Seri Anwar, beliau juga bersetuju,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau akan terus membongkarkan semua skandal kewangan dalam tempoh masa 100 hari seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri.
“Kita harus berani kerana benar.
Kementerian Kewangan juga telah menggariskan rancangan alternatif untuk menangani beban hutang RM1 trilion menerusi penangguhan projek-projek dan penjimatan perbelanjaan kewangan.
“Langkah-langkah perbelanjaan berhemah ini diambil tanpa menjejaskan defisit bajet yang terus kekal sebanyak 2.8% Keluaran Dalam Negara Kasar,”katanya,
Tegaskan Kerajaan Persekutuan Pakatan telah berjaya menghapuskan GST dan membayar Bantuan Sara Hidup (dulunya dikenali sebagai BR1M) tanpa menyebabkan Malaysia menjadi bankrap.
“Saya juga telah bertemu dengan pelbagai pelabur serta pengurus dana dari dalam dan luar negara untuk menerangkan dasar kewangan negara,” tambah beliau.
Sehubungan itu, beliau menghargai input Datuk Seri Anwar dan juga mengalu-alukan semua pandangan ataupun maklum balas daripada rakyat bagaimana untuk menyelamatkan ekonomi negara.
“Semua pandangan akan diterima dengan hati terbuka. Saya telah mengambil inisiatif sendiri untuk berjumpa beberapa kali dengan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk memberikan penerangan kepada beliau tentang keadaan ekonomi negara dan juga skandal kewangan yang memudaratkan beban tanggungan hutang.
“Keadaan fiskal Kerajaan Persekutuan terjejas kerana hutang yang melebihi RM1 trillion seperti mana yang didedahkan oleh YAB Perdana Menteri ekoran skandal kewangan 1MDB dan perbelanjaan yang boros sebelum ini,”katanya.
Jelasnya, Datuk Seri Anwar juga terkejut dengan impak negatif meluas berhubung penyelewengan kewangan oleh kerajaan lama dalam bentuk memalsukan penyata kewangan, menyorokkan fail penyata kewangan dan menanda fail penyata kewangan berwarna merah khas untuk orang tertentu sehingga tidak boleh diakses oleh Ketua Audit Negara.
“Ini telahpun diterangkan kepada Datuk Seri Anwar bahawa semua pendedahan skandal kewangan berkaitan 1MDB dan juga skandal lain di dalam media dibuat atas arahan YAB Perdana Menteri,” katanya.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena