Tuesday 12 June 2018

[Video Ketua Hakim Negara letak jawatan] Md Raus, Zulkefli tak payah tunggu Julai, kata Peguam Negara.

Rabu, 13 Jun 2018

Md Raus, Zulkefli tak payah tunggu Julai, kata peguam

Tun Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin tidak wajar menunggu lebih lama untuk melepaskan jawatan masing-masing, kata dua peguam kanan hari ini.
Sebaliknya kata Datuk Seri Gopal Sri Ram, mereka perlu mengambil kira kehendak pelbagai pihak - termasuk orang awam, perdana menteri dan pihak yang terlibat dalam badan perundangan mahukan mereka berundur segera.
"Berdasarkan pelantikan yang dibuat secara meragukan mereka patut meletak jawatan segera, malah mungkin selepas hari raya ini," katanya kepada Malaysiakini.
Gopal yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Persekutuan berkata tempoh sehingga 31 Julai yang diberikan oleh Md Raus dan Zulkefli adalah "terlalu lama".
Katanya dengan menangguhkan pengunduran itu Md Raus dan Zulkefli menyukarkan peluang Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali untuk berkhidmat sebagai ketua hakim negara.
Sri Ram berkata demikian sebagai mengulas berita mengenai peletakan jawatan Md Raus dan Zulkefli - masing-masing sebagai ketua hakim negara dan presiden mahkamah rayuan - hari ini.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia menyatakan kedua-dua mereka mengutus surat peletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun lalu.
Ada hakim lain layak
Peletakan jawatan itu, kata kenyataan tersebut, berkuat kuasa pada 31 Julai ini.
Untuk rekod Malanjum dan Zainun kini berusia 65 tahun. Mengikut perlembagaan, seseorang hakim mesti bersara wajib apabila berusia 66 tahun.
Sebelum ini Sri Ram serta bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad adalah antara tokoh yang tegas menolak pelantikan semula Md Raus dan Zulkefli.
Majlis Peguam juga merujuk pelantikan berkenaan kepada panel tujuh hakim kerana mempersoalkan kesahihannya mengikut perlembagaan.
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah kemudian menangguhkan keputusan permohonan tersebut.
Sementara itu Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh turut berkongsi pendapat dengan Sri Ram.
Kata Ramkarpal ada hakim lain yang berkemampuan boleh mengisi jawatan yang akan ditinggalkan oleh Md Raus dan Zulkefli.
Katanya kedua-dua hakim terbabit tidak boleh menangguhkan peletakan jawatan masing-masing, terutama disebabkan pelantikan mereka sebelum ini dipertikaikan.
"Tidak ada sebab sama sekali untuk mereka menangguhkan peletakan jawatan tersebut kerana ada hakim lain yang sangat sesuai untuk dilantik serta-merta sebagai ketua hakim negara dan presiden mahkamah rayuan," tambah anggota parlimen DAP itu dalam satu kenyataan berasingan.
Ramkarpal juga menggesa Mahkamah Persekutuan menyegerakan keputusan saman dikemukakan Majlis Peguam yang mencabar pelantikan Md Raus serta Zulkefli.
"Saya berpendapat keputusan Mahkamah Persekutuan bukan sekadar akademik kesan peletakan jawatan hakim terbabit kerana ia kesahihan pelantikan mereka perlu ditetapkan bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa depan.
"Dengan peletakan jawatan tersebut Mahkamah Persekutuan mesti menetapkan tarikh bagi menentukan keputusan hal itu secepat mungkin," katanya.
Kes itu dirujuk Majlis Peguam pada Disember tahun lalu dengan alasan ia melanggar Fasal 122(1A) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan seseorang hakim bersara wajib apabila mencapai usia 66 tahun enam bulan.
Mk.
Ketua hakim negara letak jawatan
Tun Raus Sharif meletakan jawatan sebagai ketua hakim negara manakala Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pula berundur sebagai presiden Mahkamah Rayuan.
Kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia menyebut kedua-dua mereka mengutus surat peletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun lalu.
Peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 31 Julai, menurut kenyataan itu lagi.
“Peletakan jawatan itu telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 8 Jun 2018 dan dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit, Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara bertarikh 11 Jun 2018,” kata pejabat itu.
Dalam kenyataan hari ini, pejabat Ketua Pendaftar juga berkata ada 15 Mei lalu Raus dan Zulkefli bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahthir Mohamada dan menyampaikan hasrat berundur.
“Bagaimanapun, Yang Amat Arif-Yang Amat Arif telah memaklumkan kepada YAB perdana menteri bahawa peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh yang munasabah untuk membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan,” menurut kenyataan itu.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena