Monday, 11 June 2018

[Video Malaysia takkan bankrap di bawah HARAPAN - Dr M] Daulat Tuanku, YDP Agong perkenan memotong gaji 10% bantu ekonomi negara & Apakah Najib benar2 yakin tidak bersalah?

Selasa, 12 jun 2018

Foto Suara Rakyat.
Alhamdulillah..

YDP Agong juga bersetuju & mengikut langkah memotong gaji dan emolumen sendiri sebanyak 10% sepanjang tempoh pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga 2021 dalam usaha membantu ekonomi negara sepertimana yg diumumkan oleh PM Tun Mahathir supaya gaji jemaah menteri akan dipotong sebanyak sepuluh peratus baru-baru ini.

Baginda juga menzahirkan ucapan penghargaan terhadap penubuhan #TabungHarapanMalaysiayang diwujudkan kerajaan baru-baru ini.

#DaulatTuanku #AllahuAkhbar

Tetapi malangnya ada juga segelintir pemimpin2 pembangkang yang tak puas hati, kritik, cerca hina di atas penubuhan Tabung Harapan Malaysia.

APAKAH NAJIB BENAR2 YAKIN TIDAK BERSALAH?



Wahhh...bukan main tinggi lagi keyakinan Najib Razak kononnya beliau tidak bersalah dalam siasatan kes 1MDB yang sedang dihadapinya!!

Apakah sandaran Najib kepada keyakinannya itu?

Adakah beliau benar-benar yakin tidak bersalah atau sekadar untuk memujuk hatinya sendiri?

Bolehkah kenyataan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan kerajaan perlu mendapatkan bukti kukuh terlebih dahulu sebelum mendakwa Najib di mahkamah sebagai asas keyakinannya bahawa beliau tidak bersalah?

Hakikatnya, kenyataan Tun Mahathir itu bukanlah bermakna tiada bukti terhadap salah laku dan skandal melibatkan dirinya, cuma bukti-bukti yang ada perlu diperkemaskan agar tidak tidak mudah dipatahkan oleh peguam-peguam yang tentunya dibayar mahal oleh Najib ketika perbicaraan nanti.

Tidakkah dalam apa juga kes, bukti kukuh memang perlu dikumpul terlebih dahulu sebelum memulakan pendakwaan?

Sabarlah dulu Najib....jangan cepat sangat melahirkan keyakinan tidak bersalah sebelum siasatan selesai dan pendakwaan pula belum bermula lagi!!

Segala-galanya belum berakhir lagi.
Sebelum ini, pada November 2017 lalu, Najib juga dengan yakin mengatakan Tun Mahathir tidak akan berjaya menyingkirkannya sebagai Perdana Menteri.

Tetapi, apa jadi akhirnya pada keputusan pilihanraya 9 Mei lalu?

Siapa yang tersingkir dan siapa yang kini menduduki kerusi Perdana Menteri?

Jika pada pilihanraya lalu, orang yang berjaya menyingkirkannya ialah Tun Mahathir, Najib harus ingat orang yang bersungguh-sungguh mahu menangkap dan mengheretnya ke mahkamah berkaitan skandal 1MDB juga adalah Tun Mahathir yang disokong oleh majoriti rakyat.

Apakah Najib fikir Tun Mahathir akan gagal dalam misi yang seterusnya? (ShahbudinHusin 11/06/2018).

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena