Saturday 9 June 2018

[Video Depa 'marah' naik pesawat TUDM A400M, Mat Sabu pulang kampung naik ETS pula..Hang pa nak kata apa?] "Mat Sabu pinjam power bank saya kejap (sebab) nak menelefon orang (kerena) telefonnya kehabisan bateri".

Ahad, 10 Jun 2018

Hasil carian imej untuk Gambar Mat Sabu naik ETS
Menteri Pertahanan Balik Kampung Naik ETS.

Hasil carian imej untuk Gambar Mat Sabu naik ETS
Mohamad Sabu teruja balik kampung naik pesawat tentera.

mat sabu
Mohamad Sabu (tengah) bersama isteri, Normah Alwi (dua dari kanan) diiringi pegawai tertinggi Angkatan Tentera (ATM),keluar dari pesawat A400M milik TUDM ketika hadir ke Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama Warga TUDM di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang. - Foto oleh AZMAN ASMAYATIM

Menteri Pertahanan Balik Kampung Naik ETS

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Pertahanan, Haji Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu yang dikatakan mengunakan perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) petang tadi berjaya menarik perhatian netizen.
Salah seorang penguna Twitter, yang mendakwa terserempak dengan Mat Sabu di stesyen ETS memuji tindakan tersebut.
“Jangan kata YB @MSabu_Official asyik naik heli dan tank ja! YB balik kampung naik ets kotttt! Padu bossku! Anak muda kita,” ujar pemilik akaun @kamalQuiin day melalui status tersebut sambil memuatnaik gambarnya bersama Ahli Parlimen Kota Raja itu.
Sementara itu salah seorang kenalannya turut berkongsi pengalamannya bersama Mat Sabu yang sebelum ini disangka sebagai pemandu teksi.
“Kalau mak saya tak bagi tahu ini (adalah) YB Mat Sabu kita, sampai sekarang saya ingat pakcik ni pemandu teksi.
“(Mat Sabu) pinjam power bank saya kejap (sebab) nak menelefon orang (kerena) telefonnya kehabisa bateri. Jumpa hujung tahun lepas dekat lapangan terbang Penang, sangat merendah diri,” ujar @ayongiqaaa pula.
Seterusnya Kevin Yee turut memuji sikap Mat Sabu yang disifatkan sebagai tidak berpura-pura, berbanding bekas menteri-menteri dari Barisan Nasional (BN).
“Sangat sempoi, saya sangat meminati YB Mat Sabu (kerana) dia sangat bersahaja ketika bersama masyarakat sama ada di jalanan, kedai kopi dan sebagainya.
“Tidak pernah melihat (bekas menteri) Nazri (Aziz), (Salleh) Keruak, (Rahman) Dahlan mendekati masyarakat di dalam keretapi, stesyen bas. Selamat tinggal BN,” komen @kevinyee9903 pula. – SuaraTV

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena