Monday 15 October 2018

[LIVE Parlimen 16 Oktober 2018 Sesi Pagi] PAS kekal angkuh dalam kekalahan.

Selasa, 16 Oktober 2018
PAS akui prestasinya kian merosot... 
Image may contain: 1 person, text
Image may contain: 2 people, people standing and suit
Akhirnya, kepimpinan PAS yang diketuai Datuk Seri Hadi Awang mengakui bahawa di bawah kendaliannya, prestasi PAS kian merosot. 

Saya tidak pernah berkata bahawa PAS kini telah kecundang, pun begitu saya berani untuk membuat ramalan bahawa selagi kepimpinan Hadi berterusan mengambil pendirian yang berbeza daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh dua bekas Presiden PAS terdahulu iaitu arwah Fadzil Nor dan Yusof Rawa serta bekas Mursyidul Am arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak mustahil prestasi PAS akan terus merosot dalam lanskap politik Malaysia. 

Menjawab kenyataan saya semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata saya tidak seharusnya memandang remeh terhadap PAS walaupun parti itu menunjukkan prestasi yang lemah pada Pilihan Raya Umum 9 Mei lalu dan menyatakan bahawa walaupun prestasi PAS semakin merosot, ia tidak bermakna PAS telah kecundang. 

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata PAS menyertai pilihan raya tanpa bergantung kepada sokongan parti lain, tidak seperti Amanah, PPBM, apatah lagi DAP. 

Adakah Setiausaha Agung PAS membayangkan bahawa suatu hari nanti, PAS secara bersendirian boleh memenangi pilihan raya umum tanpa bantuan daripada mana-mana parti politik lain? Jika ya, pemimpin PAS mungkin hidup dalam dunianya sendiri, tidak berpijak di bumi yang nyata. 
Tumpang sekole.

PAS kekal angkuh dalam kekalahan

Kekalahan PAS di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam PRK Port Dickson sewajarnya menjadi pengajaran dan muhasabah buat parti itu agar memperbaiki strategi kempen pilihan raya akan datang.
Ia juga seharusnya mengajar PAS bahawa politik menyerang peribadi serta memainkan sentimen perkauman tidak laku lagi.
Malang sekali apa yang kita lihat adalah Pas kekal dengan keangkuhan dan walaupun telah kalah besar, tidak segan silu memperkecil kemenangan pihak lawan.
Saya merujuk kenyataan Pengarah Strategi Pemuda PAS Pusat, Syahir Sulaiman yang mendakwa kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim Sabtu lalu disumbangkan secara tidak langsung oleh sejumlah besar pengundi yang tidak menyertai PRK berkenaan yang baginya bukan penyokong HARAPAN.
Pada masa sama beliau mengatakan pula PAS telah mendapat sedikit lonjakan daripada pengundi ‘bukan PAS’ berbanding PRU lalu.
Saya tertanya-tanya, beliau cuba kelabui mata siapa dengan kenyataan itu?
Peratusan keluar mengundi yang rendah pada PRK Port Dickson (walau lebih tinggi berbanding tiga PRK sebelumnya) adalah perkara biasa dan atas beberapa faktor.
Ukuran yang lebih tepat adalah melalui peratusan kutipan undi, bukannya membandingkan dengan angka, dan kita lihat dengan jelas HARAPAN mendapat peratusan yang lebih besar berbanding PRU ke-14.
Begitu juga dengan jumlah majoriti dalam PRK ini yang menunjukkan berlakunya peningkatan sokongan terhadap HARAPAN.
PAS tidak perlulah mendabik dada dengan peningkatan undi yang sedikit, kerana mereka sepatutnya tahu undi itu daripada penyokong Umno yang tidak bertanding.
Itu pun sejumlah besar penyokong Umno masih tidak sanggup untuk menyerahkan undi mereka kepada PAS, sebaliknya memilih calon Bebas yang juga bekas pemimpin parti itu, Tan Sri Isa Samad.
Kepada PAS, berhentilah dengan politik syok sendiri dengan mengeluarkan kenyataan semata-mata untuk sedapkan hati sendiri jika ingin terus relevan dan mahu memberi saingan yang lebih baik.
Berusahalah untuk memperkukuhkan parti sendiri dan bukan cuba melonjakkan kedudukan dengan cara mencipta kelemahan pihak lawan.

MUAMMAR QADDAFI MOHD NASIR ialah pengarah komunikasi Pemuda AMANAH Terengganu.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena