Wednesday 3 October 2018

[Video Dah Lebih 3 Jam Berlalu Najib Masih Beri Keterangan] MB Perak pula 'syok berkaraoke lepaskan rindu' Kau Ilhamku (Man Bai) & Komen Ramli MS macam sardin menyanyi!

Rabu, 3 Oktober 2018

Kau Ilhamku - Menteri Besar Perak

Macam sardin menyanyi...


MB Perak cuma 'lepaskan rindu' dengan Kau Ilhamku

Untuk meraikan penganjur - itu yang mendorong Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menjadi 'bintang' dengan menyanyikan lagu Kau Ilhamku, kelmarin.
Menurut sumber, ia bukan memang dirancang atau termasuk dalam atur cara majlis sebaliknya berlaku secara spontan.
Katanya pada hari kejadian Ahmad Faizal hadir untuk meraikan sambutan penerbangan pertama AirAsia yang menghubungkan Ipoh dan Johor Bahru.
"Beliau dalam perjalanan nak balik tetapi kebetulan AirAsia ada buat persembahan live. Jadi, menteri besar raikan penganjur," katanya kepada Malaysiakini.
Menurut sumber itu Ahmad Faizal hanya menyanyikan satu lagu saja, iaitu Kau Ilhamkuyang pernah dipopularkan oleh Man Bai.
Aksi Ahmad Faizal itu menjadi perhatian ramai apabila klip vide berkenaan tular di media sosial hari ini.
Beliau dilihat menyampaikan lagu dengan bersahaja dan menghiburkan orang ramai yang hadir di majlis berkenaan.
Ditanya sama ada Ahmad Faizal memang minat berkaraoke, sumber itu berkata, menteri besar terbabit mengeyakannya namun menegaskan itu tidak bermakna beliau seorang "kaki karaoke".
Kata sumber itu sejak memikul tanggungjawab sebagai menteri besar banyak kekangan yang menghambat Ahmad Faizal.
"Pelbagai kegiatan atau hobi beliau yang sebelum ini selalu dilakukan, kini terpaksa dikorbankan," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena