Tuesday 2 October 2018

[Video Ketibaan Tun Mahathir Di TUDM Subang & 'Lesen terbang' Kalau nak menguji kesabaran kita...tunggulah] Tak dapat pergi Amerika tapi dapat jumpa duta Amerika pun okeylah tu & Ramai pelabur asing janji akan melabur ke Malaysia - PM

Selasa, 2 Oktober 2018


Foto Suara Rakyat.
Layan jer la.... Jom makan pop-corn..
Krikk.. Krikk.. Krikk..

Foto Otai BERSIH.
Okeylah tu aji dee..
Tak dapat pergi amerika tapi dapat jumpa uta Amerika pun jadilah...
Janji ada jugak Amerika...
Image result for Foto Mat Sabu di UNGA
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ketika berada di Amerika Syarikat (AS) untuk lawatan kerja dan mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 25 hingga 29 September lalu.
Kosmo.
SAMBUTAN KEPULANGAN YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
PERDANA MENTERI MALAYSIA DARIPADA PERHIMPUNAN AGUNG PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
Sempena kepulangan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, daripada menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan sukacitanya menjemput rakyat Malaysia untuk menyambut ketibaan YAB Tun di Lapangan Terbang TUDM Subang pada 2 Oktober 2018 (Selasa) jam 5.00 petang.

Acara sambutan ini diadakan untuk menzahirkan kebanggaan rakyat Malaysia di atas ketegasan dan keberanian YAB Tun menyampaikan pendirian negara kita mengenai isu-isu ekonomi, politik dan kemanusiaan sejagat serta mengharumkan semula nama Malaysia di persada dunia. Ucapan YAB Tun telah disambut baik oleh masyarakat antarabangsa dan sewajarnya diberikan penghormatan.

Saya mewakili seluruh kepimpinan Pakatan Harapan dan Bersatu Malaysia amat berbesar hati menjemput rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut kepulangan YAB Tun sebagai wira negara.

DATO’ HJ MARZUKI BIN YAHYA
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia


Ramai pelabur asing janji akan melabur ke Malaysia - PM

Ramai pelabur asing berjanji untuk membawa pelaburan mereka ke negara ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekembalinya daripada lawatan kerja ke United Kingdom dan Amerika Syarikat hari ini.
Beliau berkata kerajaan komited untuk membawa lebih banyak pelaburan dan berharap rakyat bekerja akan bekerja serta tidak mensia-siakan peluang berkenaan. 
"Mereka (pelabur asing) telah buat pengakuan mereka akan ada saat-saat memerlukan pegawai-pegawai terlatih (seperti) engineer dan pekerja lain yang dikehendaki supaya mereka dapat keluarkan barangan canggih bernilai tinggi.
"Oleh itu saya rayu semua kita rakyat buat persediaan dan jangan hampa kan mereka yang akan datang menolong negara dengan melabur," katanya dalam ucapan di Pangkalan Tentera Udara Subang petang ini.
Mahathir baru sahaja tiba dari London selepas melengkapkan lawatan kerja selama sembilan hari ke UK dan New York, di mana beliau menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73, Jumaat lalu.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena