Lepas 'joli' guna duit rakyat di Singapura, rakaman audio Menteri Pelancongan 'melalut' pula didedah
Oct 20, 2018 | By SabahKini2
Sumber 'whatapps' Pegawai kementerian Pelancongan, Kesenian dan Budaya.
Begitulah apa yang menteri tunjukkan ketika dalam Mesyuarat ASCC ke 20 di Shangri-La Hotel, Singapura awal Oktober lalu. Dia duduk dalam mesyuarat pun ada orang lapor jadi bagaimana menteri menuduh dia difitnah.
Rakaman suara Menteri dalam Mesyuarat ASCC ke 20 di Shangri-La Hotel, Singapura. Sembang melalut tak fokus sebagai Menteri Pelancongan. Malah menghina negara sendiri pun ada. Apa standard Menteri Pelancongan Malaysia bercakap ekonomi negara dia tak bagus di luar negara?
[AUDIO] "Beli sendiri". Menteri Pelancongan berbohong mengenai tiket penerbangan ditanggung kementerian. Hakikat mereka 'berjoli' dan Shopping sakan adalah benar. Terbaru Rakaman Audio Menteri dalam mesyuarat 'melalut' pula didedahkan. Nampaknya Pegawai..
Mohammadin berkata tuduhan itu “tidak berasas” yang diterbitkan oleh portal Sabahkini2.com yang menuduhnya menyalahgunakan dana persekutuan apabila membawa keluarganya ketika lawatan kerja ke Singapura dan Brunei.
“Dakwaan yang sangat tak berasas. Kenyataan itu berniat jahat,” katanya
Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan nama isteri dan anak perempuannya didedahkan sendiri pegawainya adalah menggunakan perbelanjaan kementeriannya sendiri tertakluk kepada Hak-hak keistmewaan sebagai Anggota Pentadbiran Kerajaan di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.
Tiket kelas perniagaan itu bertarikh 4 Oktober.
Tetapi Mohammadin menafi dan berkeras telah membayar tiket itu sendiri.
“Tiket untuk isteri dan anak perempuan saya ke Singapura dibayar oleh saya sendiri, menggunakan wang saya sendiri". katanya
Mengapa Menteri berbohong dan menafi isteri menggunakan waran tiket penerbangan kementerian? sedangkan memang isterinya layak mendapat kemudahan tiket penerbangan kelas peniagaan dan hotel mengikut suaminya atas tugas rasmi.
Isu yang perlu dijawab ialah mengenai arahan Perdana Menteri yang dibangkitkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali bahawa para menteri tidak lagi boleh membawa keluarga dan rombongan mereka bagi lawatan kerja singkat melainkan ia melebihi tujuh hari.
Sabahkini2 hanya memaparkan apa yang dilaporkan oleh sumber dan adalah jelas menteri itu berbelanja menggunakan wang rakyat membeli tiket, hotel mewah malah Menteri pernah tidak menghadiri beberapa majlis ketika lawatan keluar negara dan hanya mewakilkan kepada KSU serta pegawainya.
Begitu juga kenyataan pegawai Tourism Malaysia Singapore terpaksa membiayai beberapa perbelanjaan keluarganya seperti pembelian barangan jenama Bally berharga lebih SD2000 apabila kad kredit melebihi had digunakan.
Kenyataan Menteri ke Brunei, Jepun dan Singapura adalah dari pegawai kementerian sendiri bukan orang lain.
Pegawai kementeriannya juga melaporkan menterinya jenis tak tahu apa tugas dia sebagai menteri. Tidak mungkin mesej pegawai itu tidak benar.
“Dia tak study subject matters Ministry sendiri. He doesn't know what he is talking about. Tak nampak bijak sebagai seorang Menteri. Sangat memalukan.
[http://sabahkini2.com/en/news/1337/lepas-joli-guna-duit-rakyat-di-singapura-rakaman-audio-menteri-pelancongan-melalut-pula-didedah/view]
Tanya Sama Najib, Mengapa Kau Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang
0 comments:
Post a Comment