Tuesday, 2 October 2018

[Video Najib dipanggil polis & Gara-Gara Dilibatkan Kes Kevin...Najib Pula Bertambah Jiwa Kacau] 1MDB-Umno Bhg Bandar Tun Razak tak maafkan Najib! TANPA MAAF DAN MEMAAFKAN, apa yang tersirat disebaliknya? Apakah episod seterusnya! Jeng Jeng Ke Jeng Jeng.

Rabu, 3 Oktober 2018

Gara-Gara Dilibatkan Kes Kevin... Najib Pula Bertambah Jiwa Kacau


Foto Otai BERSIH.
Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais mengakui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa dia ditawarkan wang RM3.5 juta oleh bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengaku bersalah membunuh peguam itu.

Nampak tu bukti pembunuhan ada kaitan dgn Najib Razak. Dah macam pembunuh bersiri pulak Najib ni

Foto Suara Rakyat.
Krikk.. Krikk.. Krikk..

TANPA MAAF DAN MEMAAFKAN, APA YANG TERSIRAT DI SEBALIKNYA?


Kata Tun Mahathir Mohamad, beliau tidak pernah secara rasmi meminta maaf kepada Anwar Ibrahim berhubung permusuhan mereka pada 1998 dahulu yang membawa kepada pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Katanya, perkara itu tidak pernah dibangkitkan ketika mereka menjalinkan semula kerjasama untuk menumbangkan Najib Razak pada PRU14 yang lalu.

Selebihnya, tambah Tun Mahathir, beliau juga tidak boleh dipersalahkan atas keputusan yang dibuat oleh mahkamah terhadap Anwar.

Secara tidak langsung, ini bermakna kerjasama Tun Mahathir dan Anwar dalam menyingkirkan Najib telah berlaku dalam keadaan tanpa maaf dan hanya semata-mata atas perkiraan politik.
Kenapa Tun Mahathir tidak meminta maaf?

Adakah beliau beranggapan bahawa tindakannya pada 1998 dahulu sentiasa betul?

Atau oleh kerana pada anggapan Tun Mahathir,  kesalahan sebenarnya adalah pada Anwar, lalu tiada keperluan bagi beliau untuk meminta maaf?

Bagi Anwar pula, meskipun banyak kali sebelum ini beliau mengatakan sudah lama memaafkan Tun Mahathir, beliau juga tidak pernah mengharapkan adanya permohonan maaf daripada Perdana Menteri terhadapnya.

Sebaliknya, kata bakal Perdana Menteri ke-8 itu, yang penting beliau telah lama memaafkan Tun Mahathir dan berpuas hati dapat bekerjasama semula dengannya.

Dalam hal ini, itu sudah cukup, tambah Anwar lagi.
Apakah makna semua ini - seorang tidak pernah meminta maaf dan seorang lagi sudah lama mengambil sikap memaafkan?

Siapakah yang lebih terpuji?
Apakah dengan tidak memohon maaf itu bermakna akan mudah berlaku permusuhan kali kedua?

Atau tanpa maaf  turut bererti tiada keperluan lagi untuk saling bermusuhan dan mereka hanya perlu menumpukan kepada saling bekerjasama saja?

Bagaimana pula dengan keputusan Anwar yang sudah lama memaafkan Tun Mahathir, apakah ia tanda beliau tidak mahu bermusuh lagi atau bila-bila boleh melakukan permusuhan baru?

Berbaik, bermusuh dan berbaik semula dengan seorang tanpa memohon maaf dan seorang lagi sudah lama memaafkan - apakah episod seterusnya? (ShahbudinHusin 03/09/2018)

Jeng Jeng Ke Jeng Jeng

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena