Saturday 1 December 2018

[Video KENALI MUKA PENYAMUN Tabung Haji SELEWENG RM 22 Juta] Himpunan Jihad Perkasa esok! Baik2 polis nak mai PANTAU & Huyooo! 52 digugurkan dari kursus PTD, 4 hilang kerja.

Sabtu, 1 Disember 2018

POLIS AKAN PANTAU HIMPUNAN JIHAD PERKASA ESOK - MUHYIDDIN

KENYATAAN MEDIA

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN 
MENTERI DALAM NEGERI

Berhubung Himpunan Jihad Perkasa yang dirancang diadakan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur sempena Persidangan Agung Tahunan Perkasa ke-9 pada 2 Disember 2018, saya ingin mengingatkan pihak penganjur dan peserta perhimpunan ini supaya berhimpun secara aman dan mematuhi undang-undang pada setiap masa.

Elakkan daripada mengambil tindakan yang mengganggu ketenteraman awam atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam hubungan antara kaum.

Pihak polis akan memantau perhimpunan ini untuk memastikan ia berlangsung dengan aman dan undang-undang negara dipatuhi. 

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.

Negara kita baru sahaja melalui insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield yang telah menyebabkan keresahan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. 

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan yang telah pun dapat dikawal pada masa ini.

Saya percaya Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah lama tertubuh di bawah kepimpinan yang bertanggungjawab pasti memahami dan sentiasa mendukung prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law), keharmonian rakyat serta ketenteraman dan keamanan negara.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Menteri Dalam Negeri 
1 Disember 2018

52 digugurkan dari kursus PTD, 4 hilang kerja

Sejumlah 52 kakitangan kerajaan yang menjalani kursus khas untuk menjadi pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) tiba-tiba digugurkan daripada program itu Jumaat lalu, kata sumber.
Pegawai PTD sering dianggap sebagai pemain utama dalam perkhidmatan awam yang bertanggungjawab membantu melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
Mereka yang ditamatkan dari kursus itu termasuk empat pegawai kontrak, yang dikatakan secara automatik kehilangan pekerjaan, manakala yang lain diarahkan untuk kembali ke jawatan lama mereka dengan segera.
Sumber memberitahu Malaysiakini penamatan itu berlaku selepas Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menaikkan gred lulus untuk program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA).
"Peserta diberitahu pada Selasa bahawa gred lulus (untuk kursus itu) telah dinaikkan dari B kepada A minus, sebelum mereka masing-masing diberikan surat penamatan pada hari Jumaat, dan diberitahu untuk mengosongkan asrama mereka di Intan pada hari Ahad.
"Ini dibuat ketika mereka sudah berada di bulan ketujuh program yang telah bermula pada 16 April," kata sumber yang tahu mengenai program tersebut.
Kursus diploma selama 10 bulan itu melibatkan sejumlah 86 peserta.
Menurut sumber, mereka yang ditamatkan dari kursus itu terdiri daripada 31 wanita dan 21 lelaki, lima daripada mereka pemegang PhD dan 20 daripada mereka adalah pemegang ijazah sarjana.
Difahamkan peserta dimaklumkan bahawa pendaftaran mereka telah ditamatkan setelah mereka menjalani peperiksaan pada awal hari itu.
Satu lagi sumber yang rapat dengan beberapa peserta yang ditamatkan berkata mereka terkejut dengan keputusan itu kerana hampir menamatkan program berkenaan.
"Sejak permulaan kursus, mereka diberitahu bahawa markah lulus ditetapkan pada B. Tetapi sekarang, mereka tiba-tiba diberitahu bahawa ia dinaikkan kepada A-, dan tidak lama selepas itu mereka terima surat penamatan mereka.
"Para peserta merasakan ini tidak adil kerana ia dinaikkan ketika mereka hampir selesai menjalani program, lebih buruk lagi empat pegawai kontrak, kini tiada kerja," kata sumber itu.
Jangkaan yang lebih tinggi
Malaysiakini menghubungi pengarah Intan, Suriani Ahmad, yang mengesahkan peserta berkenaan telah ditamatkan dari kursus berkenaan dengan mengatakan perkara itu diputuskan oleh JPA.
Beliau juga berkata peningkatan gred lulus bagi kursus itu diputuskan secara bersama oleh Intan dan JPA. 
Suriani berkata jangkaan lebih tinggi diberikan kerana pengalaman kerja tambahan para peserta sebagai sebab keputusan itu dibuat.
"Sebabnya adalah kerana mereka menyertai (DPA) secara lisan. Dalam keadaan biasa, pelantikan PTD dibuat melalui kursus JPA, dan setelah selesai, mereka akan memasuki perkhidmatan Gred 41. Bagaimanapun, para peserta menyertai secara beransur-ansur dari pelbagai gred termasuk 41, 44, 48, 54 dan bahkan Jusa.
"Oleh kerana mereka istimewa, jangkaan lebih tinggi diberikan kerana mereka mempunyai pengalaman bekerja," katanya.
Jusa merujuk kepada pangkat tertinggi dalam perkhidmatan awam.
Keputusan tak memuaskan
"Mereka sepatutnya berusaha lebih keras untuk mendapat A sejak awal. Apabila kami memaklumkan mereka mengenai prestasi mereka dua bulan lalu, kami beritahu mereka yang markah mereka tidak mencapai jangkaan kami.
"Kami beritahu mereka perbaiki diri sejak awal. Keputusan mereka tidak memuaskan," kata Suriani.
Beliau menambah meskipun memang benar peserta pada awalnya diberitahu bahawa gred lulus adalah B, namun adalah hak institusi itu untuk melakukan perubahan.
"Pada mulanya, ya. Tetapi Intan dan JPA, kami mempunyai hak mengubah markah lulus. Kami mempunyai hak berbuat demikian," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena