Thursday 6 December 2018

[Video Pengarah eksekutif Suaram disiasat di bawah Akta Hasutan & Enam jalan ditutup sempena perhimpunan Icerd] Pada hari himpunan bantah Icerd, Dr M hadir program hak asasi manusia.

Jumaat, 7 Disember 2018

Pada hari himpunan bantah Icerd, Dr M hadir program hak asasi manusia

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka melancarkan program Hari Hak Asasi Manusia 2018 yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pagi Sabtu ini di Petaling Jaya.
Ini merupakan kali pertama seorang perdana menteri akan menghadiri Hari Hak Asasi Manusia yang dianjurkan Suhakam.
Untuk rekod, Suhakam ditubuhkan oleh parlimen pada 1999 ketika Mahathir menjadi perdana menteri pertama kali.
Program Suhakam itu akan diadakan di Padang Timur dari 8 pagi hingga 3 petang. Ini merupakan kali pertama Suhakam menganjurkan acara seumpamanya di kawasan terbuka.
Antara pengisian program itu ialah pementasan oleh Suhakam bertajuk "Perjuangan yang belum selesai", persembahan tradisional dan pertandingan video pendek.
Kira-kira 10km dari tempat program itu diadakan, ribuan dijangka hadir berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada sebelah petang hari yang sama untuk himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).
Penganjur menyasarkan 500,000 penyertaan bagi tanda "kesyukuran" selepas kerajaan mengambil keputusan tidak meratifikasi konvensyen berkenaan.
Malaysia merupakan salah satu daripada dua negara Pertubuhan Negara Islam (OIC) dan salah satu daripada 17 negara yang tidak meratifikasi Icerd.
Ketika dihubungi, pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph berkata, selain Mahathir, jemputan turut diberikan kepada ramai ahli parlimen.
"Kita ada sebuah kerajaan baru yang diterajui Mahathir dan mereka cuba menyelaraskan semula Malaysia dengan mengakui bahawa terdapat banyak isu dan kegagalan dari segi hak asasi manusia sebelum ini," katanya.
Joseph berkata misi Suhakam adalah meluaskan lagi perbincangan tentang hak asasi manusia.
Joseph turut menyatakan rasa kesal pihak yang membantah Icerd tidak memberi ruang terhadap perbincangan seumpamanya.
"Bagi Suhakam, kita perlu menggesa dan membuka ruang untuk perbincangan berhubung hak asasi manusia," katanya pada Malaysiakini.
Program anjuran Suhakam itu diadakan dua hari sebelum Hari Hak Asasi Manusia Dunia yang diraikan pada 10 Dis setiap tahun sempena pengiktirafan antarabangsa berhubung hak asasi manusia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Dis 1948.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena