Thursday 6 December 2018

[Video MASIN mulut hang noo! Saya tak rasakan bola ini tidak akan masuk & Pasai bola jugak - YB Adun Bota guna loghat Perak] Protes 8 Disember: Tunjuk kuat tutup malu - A Kadir Jasin.

Jumaat, 7 Disember 2018

YB Adun Bota guna loghat Perak

Image may contain: screen
Ni kah saka Rimau yg menangkan M'sia?
Image may contain: text
Tumpang sekole.

Protes 8 Disember: Tunjuk kuat tutup malu

Nampaknya tunjuk perasaan anti-ICERD anjuran gabungan parti pembangkang dan sekutu mereka akan tetap diadakan walaupun kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengesahkan konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu.
Sekali gus protes yang didakwa untuk mempertahankan Perlembagaan, Raja-raja Melayu dan agama Islam itu bertukar menjadi medan tunjuk kekuatan politik – political show of strength.
Dari awal lagi tunjuk perasaan itu mengambil kesempatan daripada ketidakfahaman orang ramai, khususnya orang Islam dan orang Melayu, mengenai konvensyen tersebut.
Kalau orang ramai tahu, mereka tentulah tidak melatah seperti sekarang. Konvensyen ini bukanlah baru. Ia berkuat kuasa mulai tahun 1969.
Mereka sepatutnya lebih marah dan buat tunjuk perasaan besar-besaran mengutuk penyelewengan kerajaan BN yang menyebabkan Tabung Haji, Felda dan banyak lagi badan amanah Bumiputera dan Islam mengalami kerugian teruk.
Apalah sangat ICERD. Berapa kerat orang Melayu dan Islam tahu atau peduli mengenainya sebelum ini?
Tahukah mereka bahawa sehingga hari ini hanya 88 daripada 192 negara anggota PBB menandatangani konvensyen itu dan yang meratifikasinya baru 27?
Daripada yang menandatangani dan meratifikasinya termasuklah lapan negara Islam yang ada antaranya negara beraja dan tidak pula rajanya terbuang.
Tetapi majoriti negara Islam yang menjadi ahli ICERD itu adalah negara yang tidak pernah ada raja atau telah memansuhkan institusi raja.
Oleh sebab peka kepada kehendak majoriti rakyat jelata yang berasa konvensyen itu tidak diperlukan maka kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membuat keputusan untuk tidak menandatangani dan meratifikasinya.
Bagaimanapun disebabkan sudah terlanjur maka penganjur demonstrasi itu terpaksalah meneruskannya dengan mengubah jalan cerita.
Maklumlah perasaan peserta sudah dibakar, duit sudah dipungut, bas sudah disewa dan baju khas sudah ditempah. Kalau dibatalkan malulah.
Di satu pihak, tunjuk perasaan yang dicadangkan itu menggabungkan Umno dan PAS manakala dipihak yang lain pula berupa manifestasi persaingan di antara Umno dengan PAS.
Kedua-dua belah pihak menggunakan protes itu untuk menunjukkan siapa lebih kuat dari segi pengaruh.
Tidak mahu ketinggalan dan bagi membuktikan yang mereka juga relevan maka beberapa pertubuhan berjenama Melayu dan Islam akan turut serta.
Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membenarkan demonstrasi itu, namun ini tidaklah bermakna penganjur dan peserta boleh berbuat sesuka hati.
Polis wajib bertindak tegas – seperti yang dilakukan dengan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ pada 26 November lalu – ke atas sesiapa sahaja yang mengapi-apikan sentimen kaum dan agama sepanjang tunjuk perasaan itu diadakan.
Sekarang polis ada banyak alat pengawasan (surveillance) yang canggih. Jadi mereka wajib guna untuk mengawal dan memungut maklumat mengenai tunjuk perasaan itu.
Kita tahu semua itu sebab dulu mereka gunakan ke atas kita waktu kita pembangkang. Sekarang kita kerajaan dan Umno pembangkang. Polis kenalah profesional dan bersikap adil.
Umno dan PAS terpaksa menggunakan apa saja kesempatan untuk mencari dividen politik bagi menutup malu setelah kalah dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu.
Bagi Umno, keadaan terdesak ini semakin memuncak dengan bertambah ramai ketua-ketuanya dihadapkan ke mahkamah atas berbagai-bagai tuduhan jenayah dan semakin ramai ahlinya keluar parti atau tidak cergas lagi.
PAS pula mahu berpakat dengan Umno kerana terhutang budi dan beranggapan bahawa parti yang pernah dilabelkannya assabiyah itu masih mendapat sokongan.
Umno memerlukan PAS untuk mengatur protes jalanan kerana ia sendiri tidak berpengalaman sebab sudah lama tidak turun ke jalan raya berdemonstrasi sebaliknya menyekat orang lain berdemonstrasi.
Apa pun kita harap tunjuk perasaan yang diuar-uarkan akan disertai oleh setengah juta orang itu berjalan lancar tanpa terlalu banyak mengganggu kegiatan harian orang lain. – Roketkini.com
*Datuk A Kadir Jasin adalah wartawan veteran dan pemimpin pusat Bersatu. Tulisan ini pertama kali disiarkan di blog beliau.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena