PDRM & Pasukan FRU siap siaga.
tumpang sekole.
Dah 6 bulan Ellie tak ditawarkan projek
Mungkin tidak ramai yang tahu, di sebalik kelantangan Ellie Suriati Omar memperjuangkan isu Melayu, ada kesan yang terpaksa ditanggungnya.
Dia yang mencari rezeki sebagai pelakon kini sudah enam bulan tidak menerima apa-apa tawaran untuk berlakon, mengarah atau menulis skrip.
Berkongsi lanjut pengalamannya, Ellie berkata, sejak dia menyatakan sokongan penuh kepada Umno beberapa bulan lalu pintu rezekinya sebagai penggiat seni dirasa semakin merosot.
Malah kata Ellie dia kini berada dalam situasi "tepu".
“Kalau dah tak dipanggil berlakon enam bulan tu, maknanya dah tepu.
Selama itulah saya tak dapat tawaran penggambaran," katanya kepada Malaysiakini.
Namun Ellie tetap tidak goyah, malah dia sudah mengesahkan akan hadir bersama ratusan ribu orang Melayu di himpunan pada Sabtu ini.
Hati mau bulat
Dan dia juga berkata, pintu sentiasa terbuka buat rakan artis yang mahu menyertai himpunan tersebut. Jika perlu, kata Ellie mereka boleh menghubunginya pada kadar segera untuk mendapatkan maklumat terkini.
Cuma kata pelakon Spinning Gasing itu sebelum menzahirkan sokongan ke atas himpunan digerakkan PAS dan Umno itu mereka perlu bersedia berdepan dengan kesannya.
"Cuma apa saya boleh katakan, jika ingin berjuang, hati kena bulat,” katanya ketika dihubungi semalam.
Himpunan didakwa untuk mempertahankan perlembagaan, Raja-raja Melayu dan Islam pada Sabtu ini disebut-sebut sebagai bukti rakyat Malaysia menolak sepenuhnya sebarang usaha meratifikasi Icerd.
PAS menganggarkan seramai 300,000 penyokong mereka akan hadir, manakala Umno pula mendakwa menghantar 200,000 lagi.
Namun Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang, hari ini berkata, himpunan berkenaan diadakan bertujuan untuk merealisasikan kepentingan politik pihak tertentu.
Menurut beliau, tidak ada keperluan bagi mengadakan himpunan itu memandangkan kerajaan sudah menolak untuk meratifikasi Icerd.
Kata Ellie, 48, suasana "tepu" dialaminya sekarang membolehkan dia mengalami sendiri apa dirasai sejumlah kakitangan stesen TV swasta yang dilaporkan diberhentikan baru-baru ini.
Keadaan itu katanya tetap tidak mengubah pendiriannya.
Justeru menurut Ellie dia tetap akan menyertai himpunan berkenaan kerana dia enggan mempercayai keputusan yang dibuat kerajaan.
“Perdana Menteri kena mengutuk sekeras-kerasnya Icerd, ikut proses sewajarnya iaitu bawa ke parlimen dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, bukan hanya membuat pengumuman menolak ratifikasi itu melalui hebahan media,” katanya.
Mk.
0 comments:
Post a Comment