Monday 3 December 2018

[Video Tabung Haji didakwa palsukan buku akaun & KL gives green light to anti-ICERD rally] Menteri Wilayah Persekutuan persila peserta himpunan Icerd berbelanja di KL & DBKL izin majlis kesyukuran Icerd.

Isnin, 3 November 2018

KL gives green light to anti-ICERD rally

Menteri Wilayah Persekutuan persila peserta himpunan Icerd berbelanja di KL
Peserta perhimpunan kesyukuran Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) di ibu kota Sabtu ini, diminta tidak menimbulkan masalah dan menghasut sehingga boleh menyebabkan ketegangan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad turut menasihatkan mereka supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak bertindak menanam ketakutan serta kebencian di kalangan rakyat.
Beliau turut mempersoalkan tindakan penganjur perhimpunan itu meneruskan penganjuran, walaupun kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak meratifikasi Icerd.
“Tapi oleh kerana mereka ingin nak berhimpun juga, mungkin kerana t-shirt dah cetak, hotel dah tempah, duit dah keluar dan sebagainya...Kalau mereka nak juga berhimpun, lalu kita akui lah hak mereka.
“Yang nak datang, dipersilakan...belanja di Kuala Lumpur (KL), beli-belah dan sebagainya. Sumbang untuk ekonomi warga KL, amat dialu-alukan, tetapi janganlah timbulkan masalah. Kita harus menyeru ke arah perpaduan dan kesatuan rakyat, bukannya melaga-laga antara satu sama lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran logo dan imej ‘Kuala Lumpur Criterium – Night Challenge’ di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.
Pada 23 Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Icerd dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum semasa pembentukan negara ini.
- Bernama
Image may contain: 1 person

DBKL izin majlis kesyukuran Icerd

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Jalan Raja, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata DBKL hanya membenarkan penganjur menggunakan Jalan Raja saja iaitu di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai lokasi perhimpunan dari pukul 2 petang hingga 6 petang.
“Kami menerima permohonan daripada penganjur yang terdiri daripada Muafakat (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia), Ummah (Gerakan Pembela Ummah), dan Daulat (Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia) saja pada 27 Nov lepas.
“Sepanjang perhimpunan kesyukuran itu berlangsung, mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.... Jalan Raja serta padang Dataran Merdeka akan ditutup pada hari itu,” katanya kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim di Kuala Lumpur hari ini.
Nor Hisham berkata pihaknya mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia bagi mengawal lalu lintas dan keselamatan awam.
“PDRM akan bermesyuarat pada Rabu ini bagi membincangkan secara terperinci mengenai perhimpunan itu,” katanya.
Pada 23 Nov lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Icerd dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.
Susulan kenyataan itu, Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahaya, memaklumkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini diteruskan namun ditukar menjadi majlis kesyukuran.
Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan memaklumkan parti itu akan menyertai perhimpunan berkenaan sebagai tanda terima kasih terhadap keputusan kerajaan tidak meratifikasi Icerd.
Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena