Tuesday 14 May 2019

Pas mahu sekat lebih banyak RAHSIA TERDEDAH? Tak mampu nak tutup pekung di dada, maka diugutnya ahli supaya wala' dan senyap! SU Agung PKR MENYANGGAH dakwaan SU Agung Pas [Video TAKIYUDDIN BIADAP DAN HINA YANG DI-PERTUAN AGONG]

Selasa, 14 Mei 2019
Jom Channel
Ini kerana Takiyuddin telahmemperlekeh Sultan Muhammad V pada ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong, yang memberi keampunan kepada Anwar. "Ada seorang cita-cita nak jadi Perdana Menteri sangat. Keluar daripada penjara tak tahu macam mana dia dapat pengampunan daripada (Yang di-Pertuan) Agong bertanding dalam Pilihan Raya Kecil di Port Dickson" katanya ketika berceramah di Taman Indah, Sandakan pada minggu lepas, dipetik Malaysiakini. Beliau mendakwa Anwar memaksa Ahli Parlimen yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 meletakkan jawatan, kerana mahu jadi Perdana Menteri. "Sebagai peguam kita tahu apabila seorang keluar daripada penjara status seumur hidup nya adalah banduan.” "Jadi mahu kita menjadikan seorang ini sebagai Perdana Menteri kita?" soalnya.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: teks

Suara Rakyat
'PAS MAHU SEKAT LEBIH BANYAK RAHSIA TERDEDAH'
Tak mampu nak tutup pekung di dada, maka diugutnya ahli supaya wala' dan senyap.
Inilah contoh pembonsaian minda dan menjurus pada perternakan walaun yang taat pada Parti walaupun pimpinan buat salah makan duit UMNO secara senyap-senyap.
Bila bab dedah nama kartel dedak DIA TAK RESTU..
TAPI.. Bila bab tipu org boleh pulak DIA BAGI RESTU..
Begitulah dalam PAS.. Bila dah terbongkar, berbelit-belitlah mulut nak menjawab.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks

SETIAUSAHA AGUNG PKR MENYANGGAH DAKWAAN SETIAUSAHA AGUNG PAS

1. Kenyataan Setiausaha Agung PAS yang menggelarkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai “bekas banduan” dalam ceramah kempen beliau di Pilihanraya Kecil (PRK) Sandakan baru-baru ini adalah berpunca daripada tidak memahami asas undang-undang dan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong yang telah memberikan pengampunan penuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018.
2. Perkara 42(1) seperti diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan, menunda hukuman dan melegakan hukuman. Segala proses dan prosiding untuk memberikan pengampunan penuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diikuti dan dipatuhi oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
3. Isu sama ada Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang “bekas banduan” tidak lagi timbul kerana beliau telah mendapat pengampunan penuh dan dibenarkan bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Port Dickson tanpa sebarang pertikaian undang-undang berkenaan status kelayakan beliau.
4. Kenyataan Setiausaha Agung PAS itu jelas meremehkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan satu usaha memperlekeh integriti proses dan prosiding Lembaga Pengampunan apabila pengampunan penuh itu diberikan kerana telah berlakunya ketidakadilan (“miscarriage of justice”) dalam keseluruhan proses pendakwaan dan pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Pendirian yang diambil oleh Setiausaha Agung PAS tersebut bercanggah dengan pendirian PAS yang pada suatu ketika dahulu sentiasa konsisten daripada awal bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapi dan wujud konspirasi di sebalik pemenjaraannya. PAS atas pendirian yang sama turut bersama gerakan rakyat yang diwakili Pakatan Rakyat ketika itu yang menuntut reformasi sistem kehakiman negara.
6. Sudah tentu kenyataan “bekas banduan” oleh Setiausaha Agung PAS tersebut mengundang perbandingan nyata antara Mursyidul Am PAS terdahulu yang cukup disegani dan dihormati, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang mendokong kuat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mengkritik pemenjaraan beliau sebagai satu fitnah politik.
7. Ternyata kemesraan PAS bersama UMNO sebagai rakan politik baru mengubah nada dan pendirian PAS dalam berdepan isu-isu penting negara termasuklah isu pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah dikritik oleh masyarakat perundangan antarabangsa sebagai satu konspirasi politik.
8. Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin dunia dan tokoh-tokoh Islam yang tersohor seperti Nelson Mandela, Imam Hanafi dan Recep Tayyip Erdogan yang pernah dipenjarakan akhirnya tetap dipilih menjadi pemimpin kerana integriti dan kemampuan mereka untuk memimpin dan bukan dengan label ataupun gelaran yang diberi.
9. Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang layak untuk dicalon dan dilantik sebagai Perdana Menteri sesuai kedudukannya sebagai Ahli Parlimen yang telah dipilih secara sah. Pada masa yang sama, Pakatan Harapan yang menguasai majoriti juga telah mencapai muafakat pada Januari 2018 menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri ke-8.
10. Tumpuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN sekarang ialah memelihara muafakat Pakatan Harapan, mendokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan berusaha menterjemahkan agenda rakyat dan reformasi dalam pentadbiran kerajaan.
DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
14 Mei 2019.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena