Tuesday 14 January 2014

Polis Tangkap "Sultan Candy Crush" Melaka...

Selasa, 14 Januari 2014

" TERKINI !!! INDIVIDU YANG MENDAKWA SEBAGAI SULTAN MELAKA RAJA NOOR JAN SHAH TELAH DITAHAN POLIS PAGI INI "



REGAL GATHERING: Raja Noor Jan and his entourage, including two of his four wives, being led to his so-called investiture ceremony at Taman Melati in Gombak on Monday night.


Polis Tangkap Sultan Melaka

MELAKA - Polis hari ini menahan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata, Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di sini dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka".

"Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO (badan bukan kerajaan)yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 8 Januari lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka' dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Shah Gzali Khan berkata. siasatan mendapati kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis kesyukuran itu.

"Tiada tangkapan dibuat ke atas pengikut ini, tetapi bergantung kepada tindak tanduk mereka sekiranya mereka menghalang polis dan penjawat awam melakukan tugas, mereka akan ditahan," katanya. - Bernama


"Sultan Candy Crush" Melaka Ditahan Polis...
Sultan Melaka Di Tanah Polis

Jasin - Individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah telah ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam kira- kira jam 10.45 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Penahanan itu berlaku susulan satu laporan polis dibuat oleh Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh, petang semalam, bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan Noor Jan yang mengaku sebagai Sultan Melaka.

Laporan polis yang dibuat itu diketuai Presiden MGBM, Zali Mat Yasin dengan diiringi beberapa ahli EXCO majlis belia berkenaan, antara lain memohon supaya polis bertindak segera ke atas individu terbabit bagi mengelak lebih ramai masyarakat keliru dengan dakwaan dibuatnya selama ini.

Sementara itu, semalam, kerajaan negeri meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas seorang ahli perniagaan yang mendakwa sebagai Sultan Melaka kerana ia mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata selain itu, tuntutan individu itu juga mencemar institusi Yang di-Pertuan Agong yang menjadi ketua bagi Negeri Selat membabitkan Melaka dan Pulau Pinang selain Sabah serta Sarawak.

“Noor Jan didapati mencabar Perlembagaan yang digubal dan dipersetujui secara bersama oleh semua pihak di negara ini dan tiada sebab beliau mahu menafikan apa yang sudah ditetapkan dalam perlembagaan itu.

“Sekarang, sudah sampai masanya pihak berkuasa bertindak mengikut undang-undang sedia ada bagi memastikan tiada orang ramai yang keliru dan terpedaya dengan gelagat beliau,” katanya, menurut sumber RakyatNews.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena