Tuesday 7 January 2014

Tukang Kebun bersuara dalam Mesyuarat UMNO pun kena belasah?

Selasa, 7 Januari 2014


Ni Apa Cer…Bersuara Dalam Mesyuarat UMNO Pun Kena Belasah?

UMNO Bahagian Besut wajar menyiasat kejadian seorang tukang kebun di sebuah agensi kerajaan negeri kena belasah gara-gara ‘bersuara’ di dalam satu mesyuarat.

Malah ADUN Jerteh, Muhammad Pehimi Yusof juga perlu mendekati masalah ini kerana kejadian dikatakan berlaku di hadapan pejabat beliau.

Apakah dalam mesyuarat UMNO walau di peringkat cawangan atau bahagian pun, kini tidak ada ruang untuk ahli bersuara?

Kenapakah perbezaan pendapat tidak boleh dianggap sebagai ‘pandangan kedua’?

Kita bimbang tindakan yang dibuat itu di luar pengetahuan Yang Berhormat atau pemimpin tinggi di bahagian atau cawangan berkenaan sebaliknya dilakukan akibat ‘keputusan tidak tempat’ sesetengah pihak.

Sinar Harian melaporkan, tukang kebun berkenaan tidak menyangka tindakannya ‘bersuara’ di dalam mesyuarat sebuah parti politik yang dihadiri membawa padah apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan lelaki. Kejadian berlaku di hadapan Pejabat Penyelaras UMNO DUN Jerteh, Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 1.50 petang, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, mangsa, 47, dikatakan telah menghadiri mesyuarat kecil yang dianjurkan sebuah parti politik di lokasi berhampiran.

“Bagaimanapun difahamkan semasa mesyuarat tersebut, telah berlaku pertengkaran mulut disebabkan ada yang tidak berpuas hati berhubung beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan dan berlarutan sehingga tamat mesyuarat, katanya kepada pemberita, semalam.

Manoharan berkata, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Raja, Jerteh, Besut, selepas mesyuarat tersebut telah disekat oleh beberapa lelaki yang menaiki Mercedes di lokasi kejadian.

“Mangsa dibelasah teruk dipercayai dengan objek tumpul dan akibat kejadian, dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu, Kelantan. “Bagaimanapun dia dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Jelas Manoharan lagi, identiti suspek utama telah dikenal pasti dan kini usaha memburunya giat dijalankan. 

Kes seperti ini tidak wajar dianggap terpencil.

Pertama, UMNO tidak wajar mengadakan mesyuarat yang bersifat ‘sehala’;

Kedua, galakkan pendapat atau pandangan ahli kerana mereka juga mempunyai kes atau sebab-sebab untuk dikemukakan;

Ketiga, politik samseng dalam UMNO perlu dihapuskan. Jangan malukan parti dengan tindakan kekerasan atau ‘membelasah’ ahli parti sesuka hati;

Keempat, penyelesaian segera perlu dibuat untuk mengatasi apa juga pertelingkahan; dan,

Kelima, bawa dua pihak yang bertelagah atau bermasalah ke meja perundingan dan damaikan mereka dengan segera. Hanya dengan mendamaikan ahli yang bertelagah sahaja akan memulihkan UMNO, walaupun di peringkat cawangan atau Bahagian.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena