Saturday 30 January 2016

US$4 bilion dipercayai digelapkan dari 1MDB - Peguam Negara Switzerland. Wah.. Malaysia kian dikenali dunia !

Ahad, 31 Januari 2016

Siasatan #1MDB, Switzerland dedah AS$4 bilion disalah guna syarikat kerajaan Malaysia..

Wah.. Malaysia kian dikenali dunia !!!

1) Perancis dakwa rasuah beli Scorpene RM3.7b kaitan Najib

2) Switzerland dedah salahguna US$4b kaitan 1MDB

TAHUKAH ANDA.. Pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat 1MDB mendapati kira2 AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat Malaysia disalahgunakan, dengan sebahagiannya dipindahkan ke beberapa bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia dan UAE, lapor The Wall Street Journal (WSJ)..

BILA LAGI NAJIB NAK SAMAN WSJ HARI LAIN..
..coz Hari Selasa Najib Razak dah guna untuk TUTUP KES derma RM2.6 bilion pada Selasa lps.. smile emoticon

Mahkamah Malaysia boleh lah Najib cilok sana sini. Arah . Mahkamah luar camner plok ???

Swiss: US$4 bil dipercayai digelapkan dari 1MDB
 | January 30, 2016
Beberapa bekas pegawai kerajaan Malaysia dan kedua-dua bekas pegawai dan pegawai semasa dari Emiriyah Arab Bersatu dikatakan terlibat.
1mbd-swiss
KUALA LUMPUR: Peguam Negara Switzerland mendedahkan sebanyak AS$ 4 bilion mungkin telah disalahgunakan daripada dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dipindahkan ke akaun bank di Switzerland.
Beberapa bekas pegawai kerajaan Malaysia dan kedua-dua bekas pegawai dan pegawai semasa dari Emiriyah Arab Bersatu dikatakan terlibat.
Peguam Negara Switzerland kini telah menyeru bantuan usahasama supaya pihaknya dapat mengambil tindakan terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan lain-lain yang terlibat.
Siasatan itu melibatkan rasuah, salah laku di pejabat kerajaan dan pengubahan wang haram.
surat-swissDalam satu kenyataan media semalam, pejabat Peguam Negara Switzerland mendedahkan perjanjian kerjasama antara kedua-dua negara dicapai dalam satu mesyuarat yang diadakan di Zurich pada 15 Sept tahun lepas bersama rakan sejawat di Malaysia.
“Siasatan Swiss ini juga membongkar bahawa dana telah disalahgunakan daripada syarikat-syarikat kerajaan Malaysia,” petik kata kenyataan itu.
“Wang yang dipercayai telah disalahguna mungkin digunakan untuk pelaburan dalam projek-projek pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. Setakat ini empat kes melibatkan tuduhan perlakuan jenayah meliputi tempoh 2009-2013 telah dibongkar menerusi pendedahan ini (berkaitan dengan PetroSaudi, SRC, Genting, Tanjong dan ADMIC), setiap satunya melibatkan tindakan sistematik melalui struktur kewangan yang kompleks.
Ia juga menyatakan kertas prosiding jenayah telah dibuka pada 14 Ogos terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan individu lain yang tidak diketahui kerana disyaki terlibat dalam merasuah pegawai-pegawai kerajaan asing, salah laku di pejabat kerajaan, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah.
“Jumlah wang yang disyaki telah disalahguna berjumlah sekitar USD4 bilion; dan tujuan kegunaan menjadi subjek siasatan lanjut.
“Bagaimanapun, setakat ini syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat tidak membuat sebarang kenyataan mengenai kerugian yang dipercayai telah dilakukan. Tujuan meminta bantuan bersama adalah untuk menasihati syarikat-syarikat dan kerajaan Malaysia bagi keputusan prosiding jenayah Swiss, dengan harapan untuk membongkar jikalau skala kerugian dikekalkan. ”
Tambah kenyataan itu, permintaan rasmi untuk bantuan bersama akan dibuat dengan pihak berkuasa Malaysia dalam masa beberapa hari lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena