Tuesday 17 October 2017

[Video BETEGOMBE KALAU NAJIB DENGAR NI] Cara untuk bawa kereta MASUK ke Langkawi.

Selasa, 17 Oktober 2017

CARA UNTUK BAWA KERETA MASUK KE PULAU LANGKAWI..!!!

1) Untuk bawa masuk kenderaan ke Langkawi mesti melalui Jeti Kuala Perlis. Terdapat 2 buah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan ini di situ iaitu Langkawi Feri My Roro dan Langkawi Auto Express Sdn Bhd. Harga bagi kedua-dua buah syarikat lebih kurang sama sahaja tetapi bezanya pada jadual feri tersebut.
.
Berikut adalah rujukan waktu semasa perjalanan saya & anda boleh semak harga dan jadual feri terkini ;
.
Langkawi Feri My Roro
01.00 pm Jeti Kuala Perlis - Dermaga Tanjung Lembong
10.00 am DermagaTanjung Lembong - Jeti Kuala Perlis
.
Langkawi Auto Express Sdn Bhd
11.00 am Jeti Kuala Perlis - Dermaga Tanjung Lembong
04.30 pm Dermaga Tanjung Lembong - Jeti Kuala Perlis
.
2) Tempahan perlu dibuat melalui online bagi mengelakkan tempat penuh. Dokumen yang diperlukan semasa membuat tempahan ialah:
*Salinan geran kereta
*Salinan IC pemandu/pemilik kereta
*Bilangan penumpang (termasuk pemandu)
.
3) Pastikan anda tiba di Jeti Kuala Perlis 1-2 jam lebih awal sebelum waktu berlepas. Bila sampai di jeti tersebut, terus ke pejabat syarikat yang anda pilih untuk tindakan yang selanjutnya.
.
4) Makan siap siap sebelum menaiki feri atau bawa makanan untuk dimakan di dalam feri semasa perjalanan kerana perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam lebih ke 2 jam. Saya pasti di dalam feri, disediakan ruang tempat duduk yang selesa serta televisyen untuk tontonan ramai.
.
5) Anda perlu menginap di Langkawi sekurang-kurangnya 48 jam atau lebih bagi mengelakkan barangan yang di bawa keluar dari Pulau Langkawi tidak dikenakan cukai oleh pihak kastam.
.
sumber : Blog siri jelajahku

KDL

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena