Thursday 26 October 2017

[Video Mukhriz Tun M: JANGAN TERMAKAN JANJI~Bajet Pilihanraya BN Sarat Dengan Gula-Gula] BELANJAWAN ALTERNATIF PH 2018 'Belanja Berhemah, Potong Cukai, Pilih HARAPAN'.

Jumaat, 27 Oktober 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Kesatuan pembangkang

KENYATAAN MEDIA
BELANJAWAN ALTERNATIF PH 2018 ANGKAT AGENDA PEMBERDAYAAN WANITA
26 OKTOBER 2017
Saya berpendapat Bajet Alternatif 2018 yang dilancarkan oleh Pakatan Harapan (PH) pada 25 Oktober lalu tepat pada masanya untuk membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup yang terus meningkat.
Bajet kali ini yang bertemakan 'Belanja Berhemah, Potong Cukai, Pilih HARAPAN' turut diyakini mampu memulihkan masalah cukai regresif yang menindas serta salah urus tadbir yang belum berjaya dipulihkan oleh kerajaan Umno-BN.
Ada dua perkara penting yang menunjukkan kesungguhan PH membantu rakyat iaitu soal gaji dan pemberdayaan wanita yang mana topik ini cukup dekat dengan perjuangan saya selama ini.
Dalam bajet ini, selain langkah PH memperkenalkan gaji minimum RM1,500, apa yang lebih menarik adalah tawaran kadar gaji yang sama untuk pekerja wanita dan lelaki berbanding sebelum ini yang mana telah menjadi halangan serta faktor yang mencipta jurang antara dua kelompok itu.
Menurut satu statistik, purata gaji lelaki adalah RM2,500 manakala gaji wanita RM2,398. Jelas wujud jurang ketara dalam hal ini yang mana membawa satu lagi masalah lain iaitu kekurangan peluang kepada pekerja wanita untuk memegang jawatan di peringkat pegawai kanan dan juga profesional.
Walau bagaimanapun, saya yakin PH bukan bertindak populis dengan membuat tawaran tersebut kerana kesannya akan ditanggung oleh para majikan. Sehubungan itu, PH turut membentuk mekanisme baharu dengan menjanjikan pembiayaan gaji tersebut sebanyak 50 peratus dalam tempoh tiga tahun.
Selain itu, tawaran PH untuk merangka undang-undang baharu bagi melindungi hak pekerja wanita dari segi kesamarataan pendapatan dan kebajikan mampu meringankan bebanan tugas dan emosi yang berlaku ketika ini.
Antaranya, adalah melanjutkan cuti bersalin daripada 90 hari kepada 120 hari dengan gaji penuh dan boleh dilanjutkan 60 hari tetapi dengan gaji separuh dalam sektor kerajaan.
Bagi memastikan keistimewaan ini turut dilaksanakan dalam sektor swasta, PH menawarkan insentif kepada sektor itu untuk menerima piawaian ini dalam tempoh 5 tahun pelaksanaan.
PH turut memberi pilihan kepada pekerja wanita untuk menukar separuh cuti mereka kepada cuti paternity untuk suami turut membantu isteri menjaga cahaya mata yang baru lahir.
Pendekatan ini bukanlah asing kerana turut dilaksanakan oleh negara-negara membangun seperti Singapura yang memberikan dua minggu cuti paternity dan juga sektor swasta iaitu CIMB yang memberi 30 hari.
Saya percaya tawaran PH ini merupakan satu inisiatif ini mampu memberi sokongan moral dan motivasi kepada para isteri yang baru melahirkan cahaya mata.
Secara umumnya, Bajet Alternatif kali ini mewujudkan set langkah-langkah proaktif PH dan bukan hanya sekadar belanjawan populis yang sering diuar-uarkan oleh pihak yang gagal dalam membawa penyelesaian kepada masalah rakyat.
Pakatan Harapan sentiasa komited dalam usaha memberdayakan wanita dan gaji yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD
Ahli Parlimen AMANAH Kota Raja
Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional
Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena