Saturday 28 October 2017

[Video Warisan ubah Sabah] Shafie ikrar dedahkan sesuatu tentang Ketua Menteri Sabah (Musa Aman).

Ahad, 29 Oktober 2017

Image result for Foto Sabah Miskin
Image result for Foto Sabah Miskin

Image result for Foto Sabah Miskin

Image result for Foto Sabah Miskin

Shafie ikrar dedahkan sesuatu tentang ketua menteri Sabah


Shafie ikrar dedahkan sesuatu tentang ketua menteri Sabah
Selain isu penangkapannya oleh SPRM, Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal membayangkan akan mendedahkan sesuatu berkenaan Ketua Menteri Sabah Musa Aman di Parlimen. – Gambar The Malaysian Insight, 27 Oktober, 2017.

PRESIDEN Parti Warisan Sabah Shafie Apdal berkata beliau akan mendedahkan segala-segalanya di Parlimen berhubung kes dan penangkapan beliau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau membayangkan turut akan mendedahkan sesuatu berkenaan Ketua Menteri Sabah Musa Aman tetapi tidak mahu mengulas lanjut kepada wartawan di hadapan rumahnya hari ini.
“Berapa banyak syarikat yang Musa (Aman) ada? Saya tidak akan kata apa-apa sekarang. Saya akan (cakap) di Parlimen. Itu tempat saya ada kelebihan dan penting untuk saya bercakap,” kata beliau kepada wartawan ketika ditanya mengenai siasatan ke atas beliau dan ahli keluarganya sejak bulan lalu oleh SPRM.
Beliau dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dengan dua penjamin selepas ditahan reman tujuh hari.
Perbalahan Shafie dan Musa menjadi rahsia terbuka, walaupun ketika dia masih berada dalam Umno.
Terdapat laporan mengatakan Musa menyokong penggantungan Shafie dari parti pada mensyuarat Majlis Tertinggi Umno 24 Jun, 2016.
Kedua mereka juga dilaporkan tidak boleh bersua muka ketika mesyuarat agung Umno dan difahamkan yang mereka bersaing merebut kedudukan tertinggi pimpinan Umno Sabah.
"Saya akan cuba ke Parlimen minggu depan, tapi akan periksa dulu jika kesihatan saya mengizinkan. Saya perlu jalanni pemeriksaan kesihatan dulu. Tekanan darah saya (tahap) ialh 201 ke 210, jadi tak boleh ambil ringan," kata Shafie yang juga menunjukkan tanda-tanda mengalami selesema.
Beliau berkata semua usahanya adalah demi negara dan beliau sanggup menyerahkan seluruh hidupnya untuk perjuangan Warisan.
Katanya lagi, sepanjang penahannya, SPRM melayannya dengan baik, tetapi percaya mereka disebalik siasatan itu memang berniat untuk menjatuhkannya. 
"Walaupun jika kakai saya diikat, saya taka kan berhenti. Saya dah katakan sebelum ini dan akan ulanginya: Saya akan melawan Barisan Nasional di Sabah. Ada khabar angin mengatakan saya akan membuat pusingan-U.
"Tapi saya akan katakan sekali lagi: saya tak akan berpatah balik."
Shafie turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya yang mengumpul wang jaminan sebanyak RM100,000 untuknya dan mengingatkan mereka supaya menghormati undang-undang sepanjang masa.
Beliau berkata, sepanjang berada dalam politik, beliau tidak pernah terfikir rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum akan bersatu di bawah perjuangan Warisan.
Lebih daripada 200 penyokong Warisan hadir di kediaman Shafie selepas beliau dibebaskan.
Hadir sama ialah Adun Sulabayan Jaujan Sambokong. – 27 Oktober, 2017.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena