Tuesday 31 October 2017

[Video Perbahasan Parlimen 31/10: Tony Pua (PJU) kutuk Najib, 1MDB, Arul Kanda] Umno sudah tiada otak, dakwa peguam.

Selasa, 31 Oktober 2017

Image result for Foto Umno tiada otak

UMNO sudah tiada otak, dakwa peguam


SUBANG JAYA, 31 OKT: “Kalau kita tidak menggunakan otak, satu hari nanti otak kita akan hilang. Dan inilah yang sedang terjadi kepada UMNO!”
Demikian hamburan peguam, Azhar Harun ketika mengulas langkah kerajaan pimpinan UMNO-BN menghalang kebebasan berfikir serta mengharamkan penerbitan sesetengah buku atas pelbagai alasan.
“Ia menutup minda kita kepada wacana dan pemikiran. Ini adalah satu masalah.
“Teori evolusi menyatakan, sesuatu mekanisme boleh hilang sekiranya tidak digunakan oleh sesuatu makhluk untuk suatu masa yang panjang, ia akan hilang,” ujarnya mengulas sindrom ‘tiada otak’ yang telah berlaku kepada parti pemerintah itu.
“Inilah sebabnya kenapa UMNO tidak ada bijak pandai, kerana mereka membungkam kebijaksanaan selama ini,” ujarnya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Azhar berucap di forum anjuran pejabat Adun Subang Jaya, di sini semalam; dengan tajuk ‘Buku Sumber Kebijaksanaan atau Penggugat Keharmonian’.
Forum tersebut diberitahu semalam bahawa kerajaan telah mengharamkan lebih seribu penerbitan melalui penyalahgunaan undang-undang yang ditafsir dengan sesuka hati melalui kuasa yang diberikan kepada menteri.
Akta Mesin Cetak memberi kuasa luas kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengharamkan apa sahaja penerbitan, mengikut budi bicaranya sendiri.
Forum semalam turut menampilkan Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said, intelektual awam, Dr Farouk Musa, serta penterjemah tersohor, Al-Mustaqeem Mahmod Radhi.
Pak Samad terlebih dahulu mengeluh bagaimana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Terjemahan Buku Negara (ITBM) sudah tidak peduli dengan karyanya.
“Semenjak menyertai gerakan kiri, Dewan Bahasa, ITBM, tidak terbitkan lagi karya saya,” ujar beliau sambil menambah bahawa naskhah-naskhah karyanya kini diterbitkan melalui usaha bersama rakan-rakan dan anak muda.
Pak Samad menyertai DAP dua tahun lalu, setelah aktif dalam gerakan masyarakat sivil termasuk dilantik pengerusi bersama Bersih 2.0.
“Saya rasa sejarah negara ini ditulis melalui buku-buku Lim Kit Siang.
“Malangnya ramai orang Melayu tidak membaca (buku Lim Kit Siang) kerana beliau dari DAP, dan saya pun dari DAP. Orang Melayu sentiasa percaya bahawa DAP itu orang jahat,” tambahnya.
Lim Kit Siang terlebih dahulu menyampaikan ucaptama di forum tersebut yang dipengerusikan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena