Thursday, 26 October 2017

[Video Tun M: PENANGKAPAN PEMIMPIN WARISAN!~SPRM Nak Buktikan Apa] Pesan Mahfuz pada ahli PAS: Undilah HARAPAN.

Jumaat, 27 Oktober 2017

Image result for Foto Mahfuz Omar

Pesan Mahfuz pada ahli PAS: Undilah HARAPAN

Ahli PAS perlu mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang jika ingin melihat perubahan dalam politik, kata anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Seperti rakyat lain, katanya lagi, beliau percaya ahli PAS juga mengharapkan berlakunya peralihan kuasa dalam politik, seterusnya menyelesaikan masalah seperti kos sara hidup dan GST.
"Sudah tentu ahli PAS boleh berfikir bahawa mengundi PAS yang menyasarkan kemenangan 40 kerusi tidak mengubah, sebaliknya mengekalkan kuasa BN.
"Saya percaya ahli PAS juga sama seperti rakyat lain yang mengharapkan peralihan kuasa. Maka saya menyeru ahli PAS untuk menyokong dan mengundi HARAPAN, secara terbuka atau senyap," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ketika hadir ke Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) minggu lalu, Mahfuz berkata mana-mana ahli PAS, termasuk dirinya, tidak perlu keluar parti hanya kerana menyokong HARAPAN.
Ekoran sentiasa bersama-sama dalam program HARAPAN, PAS berkata Mahfuz yang pernah menjadi naib presiden parti tidak akan dicalonkan lagi pada PRU akan datang.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilaporkan berkata, parti itu menumpukan perhatian kepada PRU yang akan diadakan tidak lama lagi dan tidak mahu membuang masa memecat Mahfuz.
Menyambut baik kenyataan itu, Mahfuz berkata ia boleh dianggap sebagai petanda parti itu tiada masalah dengan sokongannya terhadap HARAPAN.
"Ia merupakan pendirian yang cukup matang, bermakna PAS tiada masalah untuk ahli parti lain mengundi HARAPAN bagi mengubah kuasa politik negara, tapi pada masa sama terus kekal sebagai ahli PAS," katanya lagi.
malaysiakini.

1 comments:

PAK RUSDI DI SEMARANG said...

Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sud ah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di ��PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL��

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena