Monday 30 October 2017

[Video Kewangan negara tidak memberangsangkan! Negara terpaksa berhutang] Ibu segala Bajet katanya? Macam curi je? S'pura larang masuk pendakwah Haslin Baharim dan Ismail Menk.

Selasa, 31 Oktober 2017
Foto Pakatan Harapan.

Ibu segala Bajet katanya. Macam curi je. 🤭
Foto Parti Amanah Negara.

S'pura larang masuk pendakwah Haslin Baharim dan Ismail Menk

Singapura telah menolak kemasukan dua pendakwah Muslim, termasuk seorang warga Malaysia yang dijadualkan menyampaikan ceramah pada program kapal persiaran bertemakan agama.
Kedua-dua mereka warga Zimbabwe Ismail Menk dan rakyat Malaysia Haslin Baharim yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz Bollywood' kerana keupayaan beliau menyanyi.
Menurut laporan Straits Times, kementerian dalam negeri (MHA) republik itu berkata keputusan dibuat berikutan perbincangan dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Singapore Tourism Board dan Maritime and Port Authority of Singapore.
"Ismail Menk dan Haslin Baharim sebelum ini pernah ditolak permohonan pas kerja (Miscellaneous Work Pass) bagi berdakwah di Singapura.
"Mereka tidak akan dibenarkan melanggar larangan itu dengan berceramah di atas kapal persiaran yang beroperasi dari dan ke Singapura," kata MHA dalam sebuah kenyataan.
MUIS dalam kenyataannya pula berkata pihaknya tidak menyokong permohonan dua pendakwah ini untuk berceramah di negara itu kerana ajaran mereka 'bertentangan dengan nilai-nilai yang dipegang rakyat Muslim Singapura.'
Kapal persiaran mesra Muslim
Kedua-dua pendakwah tidak memiliki tauliah untuk mengajar agama yang dikeluarkan di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah Singapura, kata MUIS.
Bulan lalu, pihak berkuasa Singapura berkata turut melarang dua orang pendakwah Kristian kerana membuat kenyataan melampau tetapi tidak menamakan mereka.
Ismail sepatutnya menjadi tarikan utama bagi perjalanan ulang-alik selama lima hari dari Singapura ke Banda Ache, Indonesia di antara 25 November ke 29 November ini di atas kapal persiaran Costa Victoria berkapasiti 3,000 orang penumpang.
Menurut laman operator kapal peranginan, Haslin sepatutnya menjadi salah seorang daripada lima orang penceramah jemputan.
Kumpulan nasyid Raihan juga disenaraikan.
Menamakannya sebagai 25th IslamiCruise, acara itu dianjurkan sebuah syarikat yang berpengkalan di Batu Caves.
"Belajarlah untuk mengemudi ke arah syurga dan jadilah salah seorang yang berjaya dia akhirat. Insya Allah, pelayaran selama lima hari ini akan hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja dan disahkan halal," jelas syarikat penganjur itu di laman webnya.

malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena