Wednesday 25 October 2017

[Video Tun M: HARAPAN bakal TAWAN KEDAH] Malunya...Inilah 'Malaysia Boleh' jadi 'Darul Penyangak'] JHO LOW MASIH BELUM TERLEPAS.

Rabu, 25 Oktober 2017

Image result for Foto darul penyangak

JHO LOW MASIH BELUM TERLEPAS


Perdana Menteri, Najib Razak barangkali amat gembira dengan pengesahan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan siasatan pihak polis terhadap Jho Low sudah pun ditutup dan tiada lagi bantuan Interpol diperlukan untuk menangkapnya.

Ini bermakna, dari sudut Malaysia yang di ketika era kepimpinan Najib ini dikenali juga sebagai negara kleptokrasi, Jho Low adalah manusia paling bebas berbanding kita semua.

Beliau kini boleh bebas untuk pulang ke negeri kelahirannya di Pulau Pinang, singgah untuk berbual dan ketawa-ketawa dengan Najib di Putrajaya atau "makan besar" bersama Rosmah Mansor dan Riza Aziz di Seri Perdana, sambil dalam poketnya ada berkepuk-kepuk wang untuk dibelanjakan.

Malah, jika mahu, Jho Low juga boleh bersiar-siar di sekitar pejabat Tun Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, KLCC atau Jalan Bukit Bintang tanpa ada perasaan takut akan ditahan atau diekori oleh sesiapa.

Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Menteri, di sebalik skandal 1MDB masih disiasat di beberapa negara lain, telah memberikan lesen kebebasan yang amat besar kepada Jho Low.
Nasib dan kebebasan yang dinikmati Jho Low ketika ini  ternyata jauh lebih baik berbanding ribuan graduan lepasan universiti yang masih mempunyai hutang tertunggak dengan PTPTN dan disekat untuk ke luar negara.

Jho Low bukan saja kaya dengan wang songlapan dana 1MDB, yang jauh lebih bererti, sementara hutang syarikat pelaburan itu menjadi beban kepada kita semua, beliau akhirnya dilepaskan begitu saja.

Inilah "Malaysia Boleh" namanya, negara yang sejak dua hari lalu dinamakan "Darul Penyangak" oleh Tun Mahathir.

Tetapi, meskipun pengesahan Zahid Hamidi itu membuatkan Najib dan seluruh penghuni Seri Perdana bergembira, ia juga sebenarnya merupakan suatu inspirasi tambahan kepada kita semua untuk terus melakukan perubahan.

Ramai daripada kita mahu Jho Low ditahan, disiasat dan diadili berkenaan peranannya dalam 1MDB, kekayaan luar biasa dan daripada mana punca banyak wang yang dimilikinya. 

Sudahlah nama Najib dibersihkan oleh Peguam Negara, ada beberapa individu menghilangkan diri ke luar negara tanpa dapat dikesan, tiada sesiapa yang lain berkaitan 1MDB didakwa di mahkamah dan laporan SPRM kepada Pejabat Peguam Negara berhubung dana RM42 juta milik SRC International yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri masih tak kunjung tiba, pengumuman Zahid Hamidi bahawa siasatan terhadap Jho Low sudah ditutup, ia merupakan satu lagi berita duka buat kita yang setiap hari semakin sukar menutup  poket daripada membayar cukai GST.

Mungkin ramai yang bertambah geram dan sakit sakit hati dengan kenyataan Zahid Hamidi menutup kes Jho Low. Jika itu yang kita rasa, penawarnya ialah dengan semua kita menguatkan lagi iltizam dan memberi lebih banyak undi kepada Pakatan Harapan.

Jho Low hanya dapat dicari, ditahan, disiasat dan diadili sekiranya Pakatan Harapan menguasai Putrajaya. Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir bersama pimpinan lain, jika kuasa sudah dalam tangan mereka, tentulah tahu bagaimana untuk mencari dan menangkap Jho Low nanti.

Yang penting, UMNO dan BN wajib disingkirkan dahulu. Dengan kuasa diberikan kepada Pakatan Harapan, mesej utamanya bukan saja negara dapat diselamatkan, malah Jho Low akan dapat ditangkap sama.

Mengekal dan terus memberi kuasa kepada UMNO dan BN, samalah seperti meneruskan kebebasan yang sudah diberikan kepada Jho Low.  Tidak mustahil  jika Najib kekal berkuasa, Jho Low akan terus merangka strategi untuk lebih memperkayakan dirinya dan dalam masa yang sama, "cara menjadi kaya seperti Jho Low" adalah trend dan akan budaya masa depan dalam negara kita.

Dalam hal ini, tindakan Zahid Hamidi mengumumkan penutupan siasatan kes Jho Low harus diambil secara positif dan mampu memberi keuntungan kepada Pakatan Harapan.

Selain itu, Zahid Hamidi juga barangkali ada tujuan serampang dua matanya. Di mata kasar, tindakannya mengumumkan penutupan siasatan terhadap Jho Low terlihat dapat menggembirakan Najib dan Rosmah, tetapi di sudut lain ia juga berupaya menambahkan lagi kebencian dan penolakan rakyat terhadap Perdana Menteri.

Walaupun kebencian rakyat kepada Najib secara langsung akan memberi keuntungan kepada Pakatan Harapan, Zahid Hamidi mungkin dapat mengaut labanya  jika BN menang lebih tipis berbanding PRU 13 atau berlakunya situasi Parlimen tergantung.

Jika demikian, sedarkah Najib, pengesahan tutupnya siasatan terhadap Jho Low oleh timbalannya dua hari lalu bukan saja belum pasti merupakan khabar gembira buat dirinya, malah selain Pakatan Harapan boleh mendapat inspirasi tambahan daripadanya, Zahid Hamidi juga menanti peluang yang sama untuk menduduki Seri Perdana? (ShahbudinHusin 25/10/2017).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena