Wednesday 25 October 2017

[Video 'Mengapa tak cari MH370 di Laut China Selatan?'] Mana belanjawan Pas?

Khamis, 26 Oktober 2017

Mana belanjawan Pas?

Mana belanjawan Pas?

Lim Lip Eng

Sehari sebelum kerajaan BN membentangkan Bajet 2018 pemimpin DAP mula mendesak Pas membentangkan belanjawan parti itu setelah Pakatan Harapan membentangkan Belanjawan Alternatif Malaysia 2018 semalam.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, belanjawan alternatif yang dibentangkan Pakatan Harapan itu jelas mengutamakan kepentingan  dan memenuhi harapan serta impian seluruh rakyat Malaysia.
“Pimpinan BN nampaknya tidak banyak bunyi setelah belanjawan ini dilancarkan.
“Ini menjadi isyarat bahawa cadangan-cadangan dalam belanjawan alternatif Pakatan Harapan semalam adalah baik untuk rakyat.
“Namun apa yang menjadi persoalan kini ialah bilakah masanya PAS akan mengemukakan belanjawannya pula?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Pakatan Harapan menerusi Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pembentangan Belanjawan Alternatif Malaysia 2018 yaang menekankan kepada 10 solusi kepada beban rakyat sekiranya kerajaan PH memerintah kelak.
Menurut Lip Eng lagi, DAP tidak berniat untuk merendahkan kemampuan Pas untuk merangka belanjawan negara ujarnya lagi, Pas pastinya berhadapan banyak persoalan sekiranya gagal mengemukakan belanjawan sendiri.
“Sebuah parti pembangkang yang mesra-Najib (Umno-BN) ini tidak mampu mengemukakan belanjawannya sendiri menjelang esok sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak membentangkan belanjawan BN di Parlimen.
“Jadi saya teringin mahu tahu. Adakah Pas akan menjadi pembonceng belanjawan Najib Razak pada esok hari memandangkan kini ramai pimpinan utama Pas begitu rapat dengan Perdana Menteri?
“Atau adakah fungsi Pas di Parlimen hanya untuk membawa usul RUU355 Abdul Hadi Awang semata-mata dan tidak peduli langsung tentang hal-hal lain?,” soalnya lagi.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena