Tuesday 31 October 2017

[Video Tun M ketuai HARAPAN bentang janji jika tadbir negara] Pakatan Harapan janji akan bersihkan negara dari rasuah.

Selasa, 31 Oktober 2017

Pakatan Harapan janji akan bersihkan negara dari rasuah

Pakatan Harapan janji akan bersihkan negara dari rasuah

Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan manifesto anti Rasuah yang bertekad menjadikan Malaysia di antara 10 negara paling bersih di dunia menjelang 2030.
Ia adalah antara tindakan dalam 100 hari pertama sekiranya Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaannya kelak.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PH Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen hari ini yang turut dihadiri pimpinan utama parti gabungan AMANAH dan DAP.
Terdapat lima teras kepada memerangi rasuah ini diberikan tumpuan dalam usaha untuk memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
1. Mereformasi SPRM menjadi sebagai badan bebas yang melapor dan bertanggungj awab kepada Parlimen.
2.Memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM dalam kes-kes rasuah
3.Menbuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai Pencegahan Rasuah (SPPPR) untuk membolehkan SPRM membuat pilihan sendiri pegawai dalam perkhidmatan SPRM.
4.Memastikan peruntukan tahunan SPRM mencukupi dan SPRM diberi autonomi menguruskan kewangan mereka dan
5. Menjamin hak pelantikan tetap bagi Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk memastikan beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan tegas dan tanpa takut. Pelantikan Ketua Pesuruhjaya akan dibuat oleh Yang Dipertuan Agung atas nasihat jawatankuasa parlimen.
Selain itu turut melalui reformasi berkaitan dengan sumbangan Politik dan reformasi meningkatkan ketelusan.
Malaysia Dateline


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena