Monday 30 October 2017

[Video Tun M ulas Bajet 2018 Najib hanyalah Fantasi & KWSP akan labur USD3-4bilion untuk membangunkan semula infrastruktur Amerika] Najib 'Bodek Trump' dengan janji berbilion, supaya mudah berkira dengan Amerika.

Isnin, 30 Oktober 2017



Image result for Foto Kartun Zunar Bajet Fantasi Najib
Dalam salah satu wawancara bersama editor Globe Cartoon, Patrick Chappatte, beliau menyebut tentang lukisan kartun Zunar yang terpapar dalam forum tersebut.

Related image

Bodek Trump dengan janji berbilion, supaya mudah berkira dengan Amerika


KUALA LUMPUR, 30 OKT: Janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya negara akan melabur US$3 hingga US$4 bilion bagi ‘memperkukuh ekonomi Amerika Syarikat (AS)’ ketika melawat presiden Donald Trump Ogos lalu, didakwa hanyalah bertujuan mengelirukan beliau.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendedahkan bahawa Kementerian Kewangan dalam jawapan kepada soalannya di Parlimen menyatakan bahawa tidak ada pelaburan sewenang-wenangnya oleh KWSP di luar negara.
Kementeri menyatakan bahawa tiada kenyataan Perdana Menteri yang konsisten dengan pendirian dan strategi jangka panjang pelaburan KWSP untuk meningkatkan pelaburan luar negara terutamanya dalam kelas aset Hartanah dan Infrastruktur.
“Rakyat Malaysia boleh berasa lega KWSP tidak akan melakukan apa-apa pelaburan semberono di AS untuk ‘menyokong… pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat’.
“Bukanlah menjadi tugas kita untuk make America great again,” katanya dalam sidang media di Parlimen sebentar tadi.
Tegasnya, beliau tidak mempunyai sebarang bantahan sekiranya KWSP bercadang untuk melakukan pelaburan di luar negara sekiranya “risiko yang terlibat dapat dikurangkan dan pelaburan itu dinilai secara teliti dan ketat”.
Persoalan yang timbul sekarang kata Tony ialah, mengapa Perdana Menteri perlu menarik perhatian pentadbiran Trump dengan segala janji tersebut?
“Jawapannya sangat jelas; daripada penginapannya di Hotel Trump sehinggalah ke White House, Perdana Menteri cuba meraih perhatian Presiden Amerika itu dan berharap kerajaan AS akan mudah berkira dengan satu-satunya penyitaan terbesar rompakan terbesar anti-kleptokrasi penggubahan wang haram di negara itu,” katanya lagi. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena