Friday 27 October 2017

[Video Komen TS Muhyiddin, Presiden PPBM mengenai Bajet 2018] Bajet 2018: Hapus tol pastikan pampasan syarikat konsesi tidak beban rakyat.

Sabtu, 28 Oktober 2017

Image result for Foto gula-gula Umno BN
... Baucer Buku 1Malaysia dan bantuan terbaru ialah "TANGKI 1Malaysia".Wakakakak.. Memang rakyat Sabah sentiasa dahaga menantikan bantuan oleh kerajaan BN.

Bajet 2018: Hapus tol pastikan pampasan syarikat konsesi tidak beban rakyat

Bajet 2018:  Hapus tol  pastikan pampasan syarikat konsesi tidak beban rakyat

Mengenai penghapuskan tiga tol antara salah satu daripada usaha yang selama ini pernah dicadangkan oleh Pakatan Harapan terutama dalam Belanjawan Alternatif Malaysia 2018 dibentangkan Rabu lalu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (Gambar atas ) berkata,  ini membuktikan apa yang dicadangkan pembangkang boleh dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanpun Pua mempersoalkan sama ada Kerajaan telah berbincang dengan syarkat konsesi berhubung kait dengan penghapusan tiga  tol berkenaan berkaitan dengan pampasan yang akan diberikan oleh kerajaan kepada syarikat konsesi itu kelak.
“Apa yang kita bimbang adalah pampasan kepada pihak konsesi. Jangan nanti sama juga… pembayar cukai kena bayar.
Datuk Seri Johari Abdul Ghani
“Kita (Pakatan Harapan) akan minta penjelasan kepada pihak Kerajaan berkaitan syarikat konsensi ini,” ujarnya.
Berkaitan dengan syarikat konsesi terbabit Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika diserbu media menjelaskan, kerajaan belum membayar sebarang pampasan terhadap syarikat konsesi terbabit dengan penghapusan tol berkenaan dan keputusan (pampasan) akan dibuat bergantung kepada ratio.
Beliau turut menafikan penghapusan tiga tol itu  ada kena mengena dengan pilihan raya akan datang.
Peruntukan dan perbelanjaan meningkat
Menurut  Pua lagi  ketika  ditanya mengenai  peningkatan dalam peruntukan kerajaan, sejumlah RM280.25 bilion berbanding RM260.8 bilion dalam Bajet 2017 lalu.
Daripada jumlah tersebut, RM234.25 bilion adalah bagi perbelanjaaan mengurus dan RM46 bilion lagi bagi perbelanjaan pembangunan.
Mengenai peruntukan kerajaan yang bertambah lebih kurang RM20bilion itu, beliau berpandangan ia bergantung sejauh mana kerajaan mendapat hasil untuk menampung jumlah peruntukan dan berbelanjaan yang meningkat dalam Bajet 2018 ini.
“Jika peruntukan perbelanjaan kerajaan meningkat ia tiada menimbulkan masalah.
“Tetapi dari mana datangnya hasil kerajaan itu, untuk menampung perbelanjaan kerajaan, itu kita boleh persoalkan.
“Masalah yang kita lihat sekarang, peruntukan perbelanjaan kerajaan meningkat akibat peningkatan hasil kutipan cukai daripada rakyat.
“Kita lihat daripada perangkaan yang telah diberikan kementerian kewangan cukai pendapatan individu akan meningkat sebanyak 7.1% selepas meningkat sebanyak 9% pada tahun ini(2017) dan cukai syarikat pula akan meningkat sebanyak 6.9% ditambah pula cukai GST sebanyak RM43bilion pada tahun hadapan berbanding sebelum cukai GST dikutip pada masa itu RM17bilion.
“Cukai GST sudah meningkat begitu banyak kenapa kerajaan masih mahu meningkatkan cukai pendapatan individu dan syarikat dengan banyak?” soalnya lagi kepada Malaysia Dateline.
Justeru katanya lagi, ia adalah salah satu cara kerajaan mahu kurangkan defisit dengan meningkatkan cukai yang membebankan rakyat untuk menanggung perbelanjaan kerajaan.
“Saya melihat Kerajaan tidak menjalankan dasar untuk mengurangkan pembaziran, ketirisan dan menangani isu rasuah dalam sistem perbelanjaan kerajaan kali ini,” jelasnya yang sepatutnya kerajaan umumkan solusi kepada pembzairan wang rakyat yang berlaku.
 Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena