Saturday 8 September 2018

[Video Melayu Bangkit atau Umno Terjungkit? Polis dah bincang tapi Lokman langgar syarat & Daim kata Jho Low hubungi saya mahu bincang 1MDB] Diam-diam Daim berbicara? Dr M dah janji, jadi jangan rebut jawatan dari saya & Kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar minggu depan.

Ahad, 9 September 2018


Bersama Kiyai Ma'ruf Amin,pemimpin agung Nahdatul Ulama  dan calon Naib President Indonesia... 
Tumpang sekole.
Diam-diam Daim berbicara... 
Image may contain: 1 person, eyeglasses and text
"Sebenarnya saya tidak terbabit dalam parti lain, kenapa perlu saya terbabit. Orang tidak kenal hubungan saya dengan Anwar. Saya sudah lama mengenali Anwar. 

Saya beritahu kepada kepada Singapura dan SCMP, Anwar akan ambil alih (Perdana Menteri). Anwar ada kekuatan dia sendiri, kita tahu. Tidak perlu semua ini, jangan malukan nama Anwar. Saya memang percaya Anwar akan ambil alih, mereka menggunakan satu alasan seperti ketiadaan modal, cari konspirasilah, itu ini. 

Ia menunjukkan golongan ini mahu mencari pengaruh, apabila tiada pengaruh mereka menggunakan orang luar. Ini soal dalaman, kenapa biarkan orang luar masuk. Saya pun tidak boleh jawab soalan ini kerana saya bukan ahli parti." - Daim 

Dr M dah janji, jadi jangan rebut jawatan dari saya

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku bahawa satu kerusi parlimen akan dikosongkan untuk memberi laluan kepada beliau bertanding dalam pilihan raya kecil.
"Ya ada dua atau tiga kerusi dalam senarai (untuk dikosongkan) tetapi saya tidak tahu yang mana satu...tunggu sehingga diumunkan," kata beliau kepada pemberita selepas majlis bersama penyokong PKR di sebuah hotel di Kuching petang ini.
Anwar yang menang jawatan Presiden PKR tanpa bertanding sebelum ini mengetepikan kemungkinan akan bertanding kerusi Pandan yang kini dipegang oleh isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau kerusi Permatang Pauh, kerusi yang pernah beliau duduki dan kini dipegang anak beliau Nurul Izzah.
Mengenai perpaduan parti, Anwar tidak bersetuju dengan tanggapan pihak tertentu kononnya PKR kini perpecah kepada dua kumpulan menjelang pemilihan parti itu.
Mk.

Kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar minggu depan

Satu kerusi parlimen bakal dikosongkan minggu depan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding bagi merealisasikan matlamat Penasihat PKR itu diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan.
Perkara tersebut dinyatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam Ceramah Reformasi 2.0 yang diadakan di Tunjong, malam tadi.
Rafizi bagaimanapun tidak menjelaskan selanjutnya berhubung usaha itu sebaliknya meminta semua pihak bersabar untuk mengetahui kerusi mana yang dimaksudkan itu.
“Langkah pertama untuk menjadikan Anwar sebagai Presiden parti sudah selesai dan langkah kedua pula adalah untuk menjadikan Anwar sebagai ahli Parlimen.
“Saya nak beritahu, minggu depan akan ada satu kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar bertanding.
“Minggu depan Insya-ALLAH satu kerusi dikosongkan dan insya-ALLAH Anwar Ibrahim akan kembali ke Parlimen,” katanya.
Sehingga kini, hanya tiga kerusi sahaja iaitu Sungai Petani, Selayang dan Sungai Siput yang bersedia menawarkan diri memberi laluan bagi pengosongan kerusi parlimen tersebut.
Beliau berkata, pihaknya mempunyai dua kepentingan yang perlu diutamakan dalam agenda PKR iaitu menjadikan Anwar sebagai presiden parti dan ahli parlimen serta perdana menteri kelapan.
“Kami duduk berbincang dengan Anwar, datuk seri jangan ambil mudah. Ingat orang luar dan dalam akan bagi ruang. Tidak cukup jadi ketua umum,”katanya dipetik Sinar Harian.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena