Thursday 6 September 2018

[Video Dua jam beri keterangan, Musa Aman enggan ulas] Menteri Wilayah Tak Boleh Tahan? Kes saman keluarga Altantuya 12 Nov & Ana #Terkejut 'daging babi' tahun 1980 dah jadi halal ker sekarang?.

Khamis, 6 September 2018

Menteri Wilayah Tak Boleh Tahan Gelak Jawab Isu Hubungan Sejenis


Foto Suara Rakyat.
Ana #Terkejut... 'Daging babi' tahun 1980 dah jadi halal ker sekarang ??!
...atau tahun ni dah jumpa dalil, nas yg baru..

#TanyaJer

Kes saman keluarga Altantuya: 12 Nov dengar permohonan k'jaan untuk merayu

Mahkamah Persekutuan menetapkan 12 Nov untuk mendengar permohonan kerajaan Malaysia bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan kerajaan sebagai defendan dalam saman RM100 juta difailkan keluarga mendiang model Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof hari ini.
Hadir pada prosiding itu ialah Peguam Kanan Persekutuan Jasmee Hameeza Jaafar, yang mewakili kerajaan dan peguam Rayveni Asogan, mewakili ibu bapa Altantuya dan dua anak lelakinya.
Shaariibuu Setev, isterinya Altantsetseg Sanjaa dan dua anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman itu pada 4 Jun, 2007 mendakwa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi.
Mereka menamakan dua pegawai polis iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan sebagai defendan dalam saman itu.
Dalam pernyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa wujud konspirasi dalam pembunuhan Altantuya dan memohon pampasan termasuk tuntutan tanggungan.
Abdul Razak dituduh bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya, 28, pada 2006, tetapi beliau dibebaskan daripada pertuduhan itu pada Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri, manakala Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah pada 2009.
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka daripada pertuduhan itu.
Bagaimanapun, pada 13 Jan, 2015, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan kerajaan dan membatalkan pembebasan mereka dan sebaliknya mendapati mereka bersalah bagi pembunuhan itu dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka.
Sirul Azhar melarikan diri ke Australia sebelum keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang disampaikan pada 2015 dan kini ditahan di sebuah pusat tahanan di Australia.
Pada 23 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan kerajaan untuk menggugurkan saman itu.
Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu pada 14 Mac tahun ini selepas memutuskan terdapat isu-isu yang boleh dibicarakan untuk diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena