Saturday 8 September 2018

[Video Hari mengejutkan: Pas, Umno & MCA bolos hat-rick goal dengan kerajaan PH lagi!] Siapa yg kena bungkus hai WALAUNCAI? KERJASAMA UmnoMCAPas GAGAL! Har, har.

Ahad, 9 September 2018
Foto Otai BERSIH.
Biar gambar berbicara. Kita doakan yg terbaik buat penduduk gua. Ibarat kata pepatah dari gua mereka datang ke gua juga mereka pulang..Takddirrr
Foto Otai BERSIH.

Gambar gua ni dirakam pagi tadi oleh pengguna sosmed dan menjadi tular.. Cuba perhatikan bulatan merah ..!!
Foto Otai BERSIH.
Kalau x de kotak bgtahu, ramai nk donate..
Foto Ahmad Safwan bin Ahmad Rashdan.
Siapa yg kena bungkus... Sian betul dgn walauncai nie.

Ahmad Safwan bin Ahmad Rashdan 
Ayat penyedap jer.. kalah tetap kalah..
3-0 pembangkang kena.. hahahaha


Kalau x de kotak bgtahu, ramai nk donate..

KERJASAMA UMNO - PAS TERBUKTI GAGAL


Gunalah apa jua hujah, alasan atau helah, realiti yang paling mudah untuk difahami ialah Pas tidak menang di Seri Setia dan MCA pula kalah di Balakong.

Di Seri Setia, Halimey Abu Bakar yang mewakili PH berjaya menewaskan calon Pas, Dr. Halimah Ali dengan majoriti 4,027 undi.

Dibantu oleh jentera dan kehadiran kempen oleh pemimpin-pemimpin utama UMNO yang sejak awal memutuskan tidak meletak calon bagi memberi sokongan kepada Pas, gandingan kerjasama itu terbukti gagal menggamit selera dan hati para pengundi di Seri Setia.

Di Balakong, calon PH, Wong Siew Ki berjaya mengekalkan penguasaan di kawasan itu menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong dengan kelebihan 18,533 undi.

Meskipun MCA menggunakan simbol sendiri dan tidak logo BN, disertai bantuan Pas yang tidak meletakkan calon serta turut berkempen di Balakong dengan hasrat besarnya  agar PH dapat dikalahkan, ia juga terbukti gagal mengubah selera rakyat yang baru saja pada PRU14 lalu membuat keputusan menyingkirkan Najib Razak serta BN daripada persada kuasa.

Diambil kira dengan keputusan pilihanraya kecil Sungai Kandis sebelum ini di mana calon PKR yang mewakili PH, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berjaya mengekalkan kemenangan di kawasan itu dengan menewaskan calon UMNO, Lokman Noor Adam dengan majoriti 5,842 undi, terbuktilah juga bahawa sudah tiga pilihanraya kecil menunjukkkan kegagalan kepada  kerjasama UMNO dan Pas.

Di Sungai Kandis di mana UMNO bertanding, Pas tidak meletakkan calonnya, sementara di Seri Setia di mana Pas bertanding, UMNO pula tidak bertanding. Di Balakong, oleh kerana MCA yang bertanding adalah rakan UMNO, Pas bukan saja memutuskan tidak meletakkan calon, bahkan turut sama berkempen untuk parti Cina itu.

Dari segi bacaan mudahnya, tidak kira sama ada peratusan yang keluar mengundi menurun atau sebaliknya, hubungan "cinta gelap", apalagi jika berlaku "perkahwinan"  antara UMNO dan Pas, ia bukanlah tarikan yang boleh mempengaruhi selera pengundi.

Malah, jika peratusan yang keluar mengundi lebih meningkat, bermakna majoriti kemenangan PH di ketiga-tiga kawasan itu juga akan menjadi lebih tinggi lagi.

Meskipun dari segi keahlian, memang diakui UMNO dan Pas adalah parti yang berada di kedudukan nombor satu dan kedua terbesar, imej buruk kedua-dua parti itu ternyata lebih besar sebagai halangan untuk diterima baik oleh pengundi.

UMNO dengan perjuangan bangsa yang ekstrem dan melampau, lebih-lebih lagi sejak kehilangan kuasa, sementara Pas yang tidak menentu serta berubah-ubah konsep Islamnya, bahkan pendirian parti itu akan berubah setiap kali sama ada sebelum atau selepas pilihanraya umum, ia adalah fakta yang membuatkan kedua-duanya semakin ditolak rakyat.

Selagi UMNO dan Pas tidak berubah dan tidak keluar daripada kepompong itu, selagi itulah mereka akan terus ditolak oleh rakyat yang semakin cerdik dan bermaklumat sekarang ini.

Dari segi teori, oleh kerana dalam pilihanraya umum lalu berlaku pertandingan tiga penjuru dan sekarang UMNO dan Pas saling bekerjasama yang membuatkan berlakunya penggabungan undi kedua-dua parti, sepatutnya tiada masalah untuk mereka mencipta kejayaan.

Malangnya sehingga ini semua itu langsung tidak berlaku. Apa yang berlaku ialah kerjasama UMNO dan Pas itu membuatkan wujud kelompok dalaman daripada parti masing-masing yang saling menjauhkan diri kerana tidak tiada kepercayaan antara satu sama lain.

Di sebalik pemimpin atasan UMNO dan Pas saling bermesra, bercanda dan sering muncul di pentas yang sama, pengikut bawahan sebenarnya lebih ramai yang meluat dan menyampah dengan sandiwara itu.

Berhadapan realiti itu, untuk menarik hati pengundi dan seterusnya menang dalam pilihanraya akan datang, kerjasama UMNO dan Pas semata-mata tidak memadai untuk berlawan dengan PH yang di dalamnya ada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Walaupun dari segi keahlian, keempat-empat parti tersebut tidak begitu besar jumlah keahliannya, faktor utama yang menyebabkan rakyat tertarik ialah tentang perjuangan dan hala tuju sederhana semua parti tersebut.

Apa perjuangan UMNO dan Pas?

Lagi-lagi sentimen bangsa dan agama yang dimainkan, tetapi selalunya UMNO dan Pas tidak begitu berperanan secara mendalam atau mendetail dalam isu-isu skandal, pentadbiran, ketelusan dan amanah yang melibatkan dana rakyat.

Hanya setelah tiada kuasa ini barulah terlihat para pemimpin UMNO, termasuk Najib sendiri cuba memulakan langkah ke arah itu, tetapi malangnya di tubuh mereka sendiri ada palitan skandal yang lebih besar lagi majalnya.

Setelah hilang kuasa dan kemudian kalah dalam tiga pilihanraya kecil setakat ini, perjalanan pembangkang, meskipun melalui kerjasama UMNO dan Pas, ia sebenarnya masih jauh untuk membawa mereka mampu menumbangkan PH.

Yang barangkali tidak disedari, kerjasama UMNO dan Pas hanya akan mewujudkan bayangan kuasa Melayu yang ekstrem dan melampau yang bukan saja ditolak oleh orang Melayu sendiri, bahkan lebih menakutkan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu.

Secara tidak langsung, kuasa Melayu ekstrem dan melampau yang terbentuk melalui kerjasama UMNO dan Pas sekarang akan menyebabkan MCA dan MIC, dua daripada tiga komponen yang masih tinggal dalam BN, akan terus terkulai dan mati dengan sendirinya.

Tanpa sokongan bukan Melayu, bagaimana UMNO dan Pas mahu mentadbir Malaysia? (ShahbudinHusin 09/09/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena