Friday 7 September 2018

[Video Najib akan berdepan banyak lagi pertuduhan - Dr Mahathir] Tanpa Umno AKU masih TETAP MELAYU, dan Tanpa Pas AGAMAKU Tetap ISLAM...Anda bagaimana? Umno PUPUS DI PULAU PINANG?

Jumaat, 7 September 2018
Foto Otai BERSIH.
Suka Halaman Ini · 4 jam 
UMNO PUPUS DI PULAU PINANG?
Gambar yang dihantar kepada saya menunjukkan nama Umno di bangunan Ibu Pejabat Umno Pulau Pinang telah ditukar kepada nama JK. Apa makna JK ni?
Tanpa UMNO AKU masih TETAP MELAYU
dan Tanpa PAS AGAMAKU Tetap ISLAM..
Anda bagaimana..??

Najib akan berdepan banyak lagi pertuduhan - Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib bagi berdepan dengan lebih banyak pertuduhan.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya, beliau berkata siasatan kes melibatkan bekas perdana menteri itu mengambil masa lama kerana kurang kerjasama daripada mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan.
"Kita terpaksa memilih mana yang kita mahu dahulukan. Sudah, ada dua pertuduhan terhadapnya tetapi ada banyak lagi yang lain.
"Saya yakin dalam masa terdekat kita akan (mendakwa), tetapi siasatan ambil masa yang lama kerana kadang-kadang kita tidak mendapat kerjasama penuh daripada mereka yang mengetahui fakta dan kadang-kadang sukar untuk mendapatkan dokumen berkaitan dakwaan, " katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai "maklumat baru" Jabatan Peguam Negara (AGC) kepada Mahkamah Rayuan yang menunjukkan perdana menteri pada ketika itu Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah antara tahun 2013 dan 2014.
Najib, sebelum ini berulang kali menafikan sebarang kesalahan, dan telah dihadapkan ke mahkamah sebanyak dua kali dan dikenakan tujuh pertuduhan.
Empat daripada membabitkan tuduhan pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 manakala tiga membabitkan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) (b ) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.
Dr Mahathir juga menolak dakwaan kerajaan gagal mengambil tindakan terhadap pemimpin kerajaan terdahulu yang didapati melakukan kesalahan jenayah.
Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin kerajaan yang terlibat jenayah, namun memerlukan masa untuk mengumpul bukti kukuh terlebih dahulu sebelum membawa mereka ke mahkamah.
"Ada yang berpendapat kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin kerajaan lama yang terlibat jenayah, saya nak jelaskan apabila kita cuba buat ikut undang-undang maka ia memerlukan bukti kukuh sebelum dihadapkan ke mahkamah.
"Ini yang melambatkan dan ramai yang terlibat dengan rasuah, terdiri daripada pemimpin kerajaan lepas nampaknya seperti tidak ada tindakan sama sekali diambil ke atas mereka," katanya.
Turut hadir pada sidang media itu adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta pimpinan tertinggi parti BERSATU, PKR, AMANAH dan DAP.
Dr Mahathir berkata kerajaan sememangnya sedang memberi tumpuan kepada kes-kes yang mempunyai bukti kukuh dan jelas boleh disabitkan sekiranya dibawa ke mahkamah.
"Kita tidak hanya menumpukan kepada kes besar yang perlukan bukti lebih jelas tetapi juga kes kecil yang melibatkan pemimpin lain yang tidak kurang bersalah dalam pentadbiran lama," katanya.
Sementara itu, pada sidang media sama, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata kes melibatkan tiga anggota khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjadi pengiring bekas menteri kementerian Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih dalam siasatan.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena