Friday 14 September 2018

[Video Pas menang dalam kalah atau KELIRU?] Tak perlulah nak buruk2kan kerajaan PH! Cakap jerlah, kami mahu bersama Umno & NAJIB, SUDAH2LAH REKA CERITA DONGENG! Makcik membawang, "cash is king" di sana sini dan di kediamannya pula ada sebuah kedai emas dan permata?

Jumaat, 14 September 2018

Cash is King
Foto Otai BERSIH.
Kata Tuan President Parti Islam SeMalaysia(PAS) :

"Jadi ini (kerajaan HARAPAN) lebih teruk daripada Umno lagi, lebih dahsyat... ini yang kita alami," katanya....

#Tak perlulah nak buruk2kan kerajaan PH. Cakap jerlah, kami mahu bersama Umno. Para ahli dan penyokong yg walak, taat membabi buta atau lebih tepat para walaun mesti ikut arahan kami. Jangan bantah. Kalau bantah aqidah boleh rosak. Kita bawa Islam. Jd, wajib taat. Takbir....

https://www.malaysiakini.com/news/443092

NAJIB, SUDAH-SUDAHLAH REKA CERITA DONGENG!!!


Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim mendedahkan, siasatan polis mendapati sejumlah RM2,973 bilion telah dimasukkan ke akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Katanya, kemasukan wang itu disalurkan melalui 132 transaksi dengan menggunakan tiga firma iaitu Good Star, Aabar dan Tanore Finance.

Alamak...ingatkan hanya RM2.6 bilion, rupa-rupanya jumlah wang yang pernah diterima Najib berjumlah hampir RM3 bilion atau RM3,000 juta banyaknya.
Patutlah, kata makcik bawang,  boleh "cash is king" di sana sini dan di kediamannya pula macam ada sebuah kedai emas dan permata!

Siapakah pemilik ketiga-tiga firma iaitu Good Star, Aabar dan Tanore Finance itu?
Good Star adalah dimiliki oleh Jho Low yang hasil penyiasatan mendedahkan ia pernah menerima sejumlah AS$1.03 bilion daripada dana 1MDB.

Aabar Investment PJS pada asalnya adalah anak syarikat IPIC yang kemudian dipalsukan menjadi Aabar BVI dan pernah dibayar bon keselamatan oleh 1MDB sebanyak AS$1,367 bilion. 

1MDB dan IPIC mengikat kerjasama untuk pengeluaran bon yang kemudian dibawa untuk penyelesain di mahkamah timbangtara, tetapi kemudiannya 1MDB setuju menyelesaikannya di luar mahkamah dengan bayaran sebanyak AS$1.2 bilion.

Pengarah Aabar BVI ialah Khadem Abdullah al-Qubaishi dan Ahmed Badawi Al-Husainy yang turut mempunyai jawatan dalam syarikat Aabar yang sah, tetapi dipecat kemudiannya. 
Tanore Finance pula adalah kepunyaan Jho Low bersama Eric Tan Kim Loong, bahkan dikatakan Jho Low juga kerap menggunakan nama Eric Tan Kim Loong itu sebagai samarannya.

Tanore Finance paling diingati kerana kemasukan wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib yang kerapkali disebut sebagai derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi adalah melalui firma tersebut.

Dengan pengesahan pihak polis bahawa sejumlah RM2,973 bilion telah dimasukkan ke akaun peribadi Najib menggunakan tiga firma tersebut dan melalui 132 transaksi, tentulah dengan mudah kita dapat mengagak daripada manakah punca asal kesemua wang yang pernah diterima oleh bekas Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun, beberapa jam selepas Noor Rashid membuat pendedahan itu, Najib yang kini bergelar "facebooker tegar" selepas kehilangan jawatan Perdana Menterinya tetap bertegas bahawa wang RM2.6 bilion yang diterimanya adalah derma daripada Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Al-Saud melalui Putera Abdul Aziz Al-Saud.

Najib juga menunjukkan surat yang dikatakan ditulis oleh Putera Abdul Aziz Al-Saud kepadanya serta beberapa bukti transaksi yang jelas menunjukkan kemasukan wang kepadanya itu dibuat melalui Tanore Finance, syarikat yang disahkan adalah kepunyaan Jho Low.

Jika benar derma itu daripada Raja Abdullah yang telah mangkat pada 2015 lalu, mengapakah ia dimasukkan melalui syarikat Jho Low?
Apakah Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi begitu lekeh sehingga tidak menggunakan bank daripada Arab Saudi atau firma-firma kepunyaan Pak Arab yang lain untuk menyalurkan wang tersebut?

Mengapa mesti menggunakan firma kepunyaan Jho Low?

Pernahkah kita dengar Raja Abdullah ada sebarang hubungan dengan Jho Low?

Sementara itu, jika kita masih ingat, SPRM sendiri pernah mendedahkan bahawa mereka telah menemui kerabat Diraja Arab Saudi yang dikatakan menderma RM2.6 bilion kepada Najib itu.

"Ada surat yang menunjukkan sumbangan itu datangnya daripada putera Arab Saudi dan berdasarkan surat itu, kami telah pergi ke Arab Saudi.
"Kami tanya putera Arab Saudi itu dan beliau mengaku menderma RM2.6 bilion. Tetapi apabila kami minta dokumen sokongan, beliau gagal memberikannya," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdull.
Sungguh menghairankan, jika benar ada derma diberikan menggunakan Tanore Finance, kenapa tiada dokumen boleh dibuktikan?

Takkan derma berbilion ringgit - bukan sekupang dua - langsung tiada slip, dokumen atau apa-apa bukti dalam simpanan putera Raja Arab Saudi itu?

Akhirnya, masihkah kita mahu percaya kata-kata Najib yang bertegas wang RM2.6 bilion itu merupakan derma daripada Raja Arab Saudi atau beliau perlu diingatkan, "sudah-sudahlah membuat rekaan cerita dongeng".

Atau kita patut minta Pas nasihatkan Najib - bertaubatlah dan habiskanlah lebih banyak masa di atas tikar sembahyang selepas tiada lagi jawatan sekarang ini!!! (ShahbudinHusin 14/09/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena